Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Disember 01, 2009

Kata Banyak Makna

1. bulu

i. rambut pada tubuh manusia atau tubuh binatang

Kulit, tulang, tanduk, bulu dan cengkerang digunakan untuk membuat alat-alat seperti bola, gendang, kompang, bulu tangkis, dan alat perhiasan.

ii. rambut yang melekat pada burung

Bulu burung merak itu sangat cantik.

iii. miang pada tumbuh-tumbuhan

Badannya terasa miang apabila terkena bulu buluh.

iv. sehaluan atau setuju

Kami sering bertelagah kerana tidak sebulu.


2. kira

i. pendapat atau pertimbangan

Jika usul yang dikemukakan itu mempunyai matlamat yang kukuh, pihak kami akan membincangkannya dan mengambil kira segala aspek penting.

ii. fikir atau rasa

Saya kira tiada sesiapun yang berani menentangnya.

iii. peduli atau mengendahkan

Saya tidak kira apa juga pekerjaan asalkan halal.

iv. sangka atau anggap

Saya kira dia anak seorang hartawan.


3. lama

i. tidak moden atau ketinggalan zaman

Komputer boleh mengumpulkan banyak data di dalam satu disket yang kecil sahaja berbanding dengan sistem lama yang menggunakan banyak fail.

ii. panjang masanya

Lama benar Mazlan tidak pulang ke rumah, tentu telah benyak perubahan yang berlaku.

iii. telah wujud atau ada dalam keadaan yang agak lama

Rumah buruk itu telah lama berada di situ.

iv. wujud sejak dahulu lagi

Masyarakat Melayu telah lama mengamalkan adat resam itu.


4. masak

i. sudah tua dan boleh dimakan

Banyak buah rambutan sedang masak ranum di atas pokok.

ii. sudah empuk (tidak mentah)

Ubi yang direbus itu sudah masak.

iii. sudah faham benar

Saya sudah masak dengan perangainya yang panas baran itu.

iv. cara membuat masakan

Emak saya memang pandai masak kari.


5. pokok

i. pohon

Azmi dan Daud berteduh di bawah pokok yang rendang itu.

ii. modal

Siapakah yang akan menyediakan pokok bagi perniagaan kita ini?

iii. dasar

Apakah kata pokok bagi perkataan ‘menerbitkan’?

iv. perkara penting

Pokok perbincangan kita ialah bagaimana untuk menangi masalah kebejatan akhlak remaja pada hari ini.


6. sistem

i. cara atau kaedah

Kajian mendapati sistem itu tidak sejajar dengan matlamat pendidikan semasa yang mahu melahirkan pelajar bestari.

ii. cara atau kaedah yang teratur

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang maju kerana mempunyai sistem pemerintahan yang baik.


7. segi

i. bentuk atau aspek

Untuk kedengaran lebih merdu, lagu yang dinyanyikan berubah- ubah dari segi nadanya.

ii. garis pada tepi dadu atau kotak

Bongkah empat segi tepat itu dibuat oleh Azira.

iii. garis pada tepi bidang atau garis-garis yang menjadi pemidang pada rajah atau gambarajah

Lukiskan gambar empat segi dalam bulatan ini.

iv. ruangan yang memanjang pada kertas, lajur, kolum

Oleh sebab segi yang terdapat pada kertas itu terlalu kecil, dia tidak boleh menulis dengan lengkapnya.


8. mati

i. tidak bernyawa lagi

Mangsa kemalangan itu mati di tempat kejadian.

ii. tidak dapat diubah

Tali yang sudah disimpul mati itu sukar hendak dihuraikan.

iii. tidak menyala

Api lilin itu mati kerana angin bertiup kencang.

iv. Tidak bergerak

Mesin itu mati tiba - tiba.

v. buntu

Fikiranku mati seketika.

vi. tidak mempunyai air

Perigi mati itu terletak di belakang rumah saya.

vii. tidak aktif lagi

Pertubuhan belia di kampungnya sudah lama mati.


9. belanja

i. wang untuk keperluan sehari - hari

Bakinya kamu simpan buat belanja sekolah.

ii. wang yang dibayar sebagai upah atau gaji atas khidmat seseorang

Bidan yang menyambut kelahiran anak Puan Maria telah diberi wang belanja sebanyak RM100.

iii. mengeluarkan wang untuk orang lain bukan sebagai tanggungjawab tetapi suka-suka

Tuan Kamal selalu belanja rakan-rakan sejawatnya di kafeteria pejabatnya.


10. buat

i. dilakukan

Apa nak buat, Mak Busu. Sudah nasib saya.

ii. untuk atau bagi

Pak Kasim mendirikan sebuah rumah buat anak lelakinya.

iii. dijadikan sebagai

Simpanlah sapu tangan ini buat kenangan.

iv. membentuk atau menciptakan

Buat sebuah model rumah menggunkan kotak-kotak itu.


11. datang

i. sampai atau tiba

Sewaktu dia datang tadi, saya tiada di rumah.

ii. pergi

Saya akan cuba datang pada minggu hadapan.

iii. berasal

Farouk datang dari Kedah.

iv. muncul atau timbul

Tiba- tiba datang ilham di dalam fikirannya.


12. makan

i. mamah atau telan

Kebanyakan makanan yang kita makan, walaupun diambil dalam kuantiti yang kecil, tetap mengandungi lemak.

ii. rezeki

Bagaimanakah cara hendak mencari makan di tempat orang?

iii. memerlukan

Projek besar itu memakan banyak belanja dan tenaga.

iv. melukai atau menembusi

Puas ditikamnya, tetapi tidak makan.

v. mengikuti

Dia memang tidak makan nasihat.

vi. perbuatan menggelapkan wang

Pegawai itu ditangkap kerana dia makan duit syarikatnya.


13. kemudi

i. pelindung

Tanpa ibu dan ayah, kehidupan kita sekarang ibarat kehilangan kemudi.

ii. perkakas di buritan kapal yang mengawal arah pelayaran

Kapal yang kehilangan kemudi itu terumbang-ambing di tengah lautan.

iii. pemimpin atau peneraju

Kemudi persatuan kita harus berani memperjuangkan nasib kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email