Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Disember 15, 2009

Perbendaharaan Kata

Cari perbezaan makna bagi perkataan – perkataan di bawah. Penting untuk kalian tahu membezakan setiap patah perkataan di bawah dengan jelas. Kesalahan pemilihan kata yang tepat boleh menyebabkan kesalahan bahasa atau menyukarkan konteks sesuatu ayat itu disampaikan dengan baik.


adakah – apakah
agung – agong
belut – belot
bina – bena
blok – belok
colek – culik
cucuk – cocok
geman – gemam
golong – gulung
jemput – undang
kemam – kemal
lambai – lampai
lancong – lancung
lencung – lencong
lolos – lulus
lurut - lucut
pendalaman – pedalaman
ralat – ralit
rasmi – resmi
sebal – sebak
semena – mena – sekonyong – konyong
telur – telor
tempoh – tempuh
tepuk – tepok
tuntun – tonton


Senarai perkataan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email