Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Januari 17, 2010

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri Orang terbahagi kepada 3:
  • Kata Ganti Diri Pertama - Menggantikan diri orang yang bercakap (penutur). Contoh: aku, beta, hamba, saya, patik, kami, kita
  • Kata Ganti Diri Kedua - Menggantikan diri orang yang diajak bercakap/lawan cakap (pendengar). Contoh: anda, kamu, awak, kalian, engkau, saudara, saudari, tuanku
  • Kata Ganti Diri Ketiga - Menggantikan diri orang lain yang dibualkan (yang dituturkan). Contoh: dia, mereka, baginda, beliau
Contoh Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

1. "Kalian-kalian perlulah berlatih dengan lebih gigih,"pesan jurulatih pasukan itu kepada anak-anak buahnya. (Kalian)

Penjelasan: Kata ganti diri yang membawa maksud jamak tidak perlu digandakan.


2. Kami hendaklah memahami kelima-lima prinsip Rukunegara. (Kita)

Penjelasan: Penggunaan 'kita' lebih tepat kerana 'kami' hanya melibatkan penutur dan tidak pendengar.


3. Ketua pengedar dadah itu telah ditangkap oleh pihak polis. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu hadapan. (Dia)

Penjelasan: Kata ganti nama 'beliau' hanya digunakan untuk orang yang berjawatan dan dihormati. Tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak, penjenayah atau orang yang rendah moral dan akhlaknya.

4. Anjing itu menyalak kerana ia kelaparan. (anjing itu)

Penjelasan: Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang, benda dan tempat.


5. Sekiranya gagal menyerahkan borang kebenaran penjaga selewat-lewatnya pada hari Jumaat, ianya tidak akan dapat menyertai lawatan itu. (ia)

Penjelasan: Kata ganti nama 'ia' dan 'nya' tidak boleh digabungkan menjadi 'ianya'.


Kenalpasti sama ada terdapat sebarang kesalahan pada ayat-ayat di bawah. Betulkan kesalahan (sekiranya ada) dan kemukakan penjelasan yang sesuai.


1. “Awak mahu ke mana?” tanya Lini kepada Aisyah dan Azlina.

2. Beliau merupakan seorang penjenayah yang amat dikehendaki oleh polis.

3. “Kami perlu bermain dengan bersungguh-sungguh,”kata jurulatih
kepada anak-anak buahnya.

4. Amrita dan Dahlia ketawa terbahak-bahak kerana dia geli hati melihat telatah pelawak itu.

5. Mereka-mereka sedang berbincang tentang masalah pelajaran.

6. Beliau merupakan seorang raja yang sangat adil dan bijaksana.

7. “Ampun, beta. Patik akan laksanakan perintah itu dengan segera,” kata Hang Kasturi.

8. Lukisan itu dihasilkan oleh ayah dia.

9. “Hamba hendak pergi ke mana?” soal Datuk Bendahara ketika terserempak dengan Tun Mamat.

10. “Kalian mesti mengutamakan pelajaran,”pesan Mak Timah kepada Talib.

11. Munsyi membelikan sepasang kasut untuk adik perempuannya.

12. Kami perlu memahami setiap satu prinsip Rukunegara.

13. “Kita sekeluarga akan pergi ke Pulau Pangkor,” cerita Narimah kepada rakan – rakannya.

14. Tun Dr. Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia. Dia seorang yang berdedikasi dan berwibawa.

15. Saya bertiga singgah di Kedai Buku Azmah sebelum pulang ke rumah.

16. "Anda hendak ke mana?" soal Tun Mamat kepada Hang Tuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email