Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.


Sertai Kami

Yang Menarik!

Jumaat, Januari 22, 2010

Kebaikan dan Keburukan Iklan

Kebaikan
1. Pengguna mendapat maklumat tentang produk baru yang berada di pasaran. Tanpa iklan, pengguna tidak akan tahu akan kewujudan produk tersebut.

2. Membantu pengeluar/pengilang meningkatkan hasil jualan - iklan merupakan satu bentuk promosi yang mampu melariskan produk

3. Kepelbagaian iklan menyedarkan pengguna akan pilihan-pilihan produk yang ada di pasaran - tidak perlu bergantung kepada satu produk/jenama sahaja. Pengguna boleh menilai dan membuat pilihan yang tepat mengikut citarasa


Keburukan
1. Pengguna tertipu dan tidak berpuas hati - kebanyakan iklan mempunyai unsur 'berlebih-lebihan' - produk tidak sehebat yang diiklankan - indah khabar dari rupa

2. Iklan memperdaya pengguna terutamanya iklan untuk jual beli di internet - banyak kes penipuan berlaku

3. Wanita dieksploitasi dalam iklan - semata-mata untuk melariskan barangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.