Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Januari 12, 2010

Langkah - langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Malaysia.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.

Membangunkan kawasan-kawasan pelancongan
  • memaju dan menaik taraf lokasi pelancongan yang sedia ada
  • memelihara dan memulihara lokasi pelancongan yang mempunyai nilai sejarah

Menyediakan prasarana dan infrastruktur yang mencukupi untuk menampung keperluan pelancong
  • tempat penginapan - hotel, chalet atau rumah tumpangan yang selesa dan menawarkan perkhidmatan yang selesa
  • kemudahan pengangkutan - membolehkan pelancong ke mana-mana destinasi pelancongan dengan mudah
  • kemudahan awam seperti medan selera dan tandas dipastikan sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik

Penganjuran kempen-kempen oleh Kementerian Pelancongan
  • lawatan rasmi oleh pihak Kementerian Pelancongan ke luar negara bertujuan mempromosikan kebudayaan dan cara hidup masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
  • Malaysia diiktiraf sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan kepelbagaian makanan.
  • Tahun Melawat Malaysia

Rangka promosi yang berkesan
  • melalui laman-laman web - segala maklumat tentang destinasi pelancongan menarik berada di hujung jari
  • Pakej istimewa atau promosi tambang murah untuk pelancong yang ingin bercuti di sini.

Memastikan kualiti servis atau perkhidmatan yang ditawarkan terjamin.
  • melatih para pekerja yang terlibat dengan sektor pelancongan
  • servis yang baik & keramahan rakyat Malaysia akan membuatkan pelancong berasa selesa dan dialu-alukan.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

4 ulasan:

  1. cikgu, tima kasih. isi-isi ni bantu saya siapkan kerja rumah :)

    BalasPadam
  2. thank you teacher for this useful tips.. it really helps me improved my SPM exercise.. i hope i can score more often .. ( SPM 2012)

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome, Lydia. Cikgu harap Lydia akan dapat keputusan yang cemerlang :)

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email