Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 16, 2010

Perumpamaan - Pulang/Kembali ke Tempat Asal

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa jenis perumpamaan yang membawa maksud kepulangan seseorang ke tempat asal/kampung halaman setelah lama merantau ke negeri orang.


  • seperti belut pulang ke lumpur
  • seperti ikan pulang ke lubuk
Penggunaan dua perumpamaan di atas sesuai untuk menggambarkan keadaan seseorang yang telah lama hidup merantau kemudian pulang ke tempat asalnya dengan niat untuk menetap di sana selama-lamanya (payah untuk pergi semula).

Contoh ayat:
Seperti ikan pulang ke lubuk, Hisham kembali ke kampung halamannya dan terus menetap di sana setelah sepuluh tahun merantau.



  • seperti sirih pulang ke gagang
Penggunaan peribahasa di atas pula bertepatan seandainya digunakan untuk kepulangan seseorang ke tempat/ keadaan asalnya atau untuk menggambarkan keadaaan yang kena pada tempatnya.

Contoh ayat:
Kepulangan Mustafa ke kampung halamannya setelah bertahun-tahun di kota seperti sirih pulang ke gagang dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan Kampung Kasih Sepakat.

Setelah bertahun-tahun berpisah dan membawa haluan masing-masing, Zaid dan Arfah rujuk kembali, seperti sirih pulang ke gagang.


Contoh-contoh lain:
  • seperti gagak pulang ke benua
  • seperti rusa pulang ke rimba
  • seperti janggut pulang ke dagu

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. This is very good peribahasa!! Thank you Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali 😊😊😊 you guys absolutely nailed it in helping me in my exams!! I really got it correct! You guys truly showed it with enthusiasm so thank you so much!!!😘😘😘😉😉😉

      Padam
  2. ada English idioms yang memberikan maksud yang sama?

    BalasPadam
  3. This is very good!! It's not complicated it all!! You guys nailed it in helping me excel my trial examinations so thanks a bunch !!! 😊😊😉😉

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email