Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 16, 2010

Satu tahun lagi penuh kecemerlangan.

Kelas - kelas tuisyen untuk tahun 2010 sudah dimulakan seawal hari pertama persekolahan. Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu kelas bermula, sambutan daripada murid-murid dan para pelajar amat menggalakkan. Banyak juga DHA terima pendaftaran murid dan pelajar baru. Syukurlah, baik ibu bapa mahupun murid dan pelajar sendiri sudah mula mempercayai khidmat@ servis yang kami tawarkan. Terima kasih atas kepercayaan kalian. Insya Allah, kami di DHA berjanji akan memberikan yang terbaik dalam membimbing setiap anak didik kami.

2010 turut mencatat sejarah baru buat Kelas Tuisyen DHA. Tahun ini terdapat Pakej SPM untuk pelajar Tingkatan 4 & 5 (Pada tahun lepas, kami hanya tawarkan subjek bahasa dan Matematik sahaja) Pakej SPM mengandungi subjek-subjek berikut - Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik (Asas/Moden), Sains & Sejarah. Kami turut membuka kelas untuk beberapa subjek SPM iaitu Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Geografi & Pendidikan Seni Visual.

Semoga semua murid dan pelajar tahun ini akan belajar dengan gigih dan semangat yang tidak pernah surut atau luntur. Insya Allah, kita sama-sama akan catat satu lagi tahun yang penuh kecemerlangan buat kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email