Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Mac 09, 2010

Kempen Go Green! @ DHA

1 Mac 2010, Kelas di DHA sedikit berbeza kerana 30 minit pertama diperuntukkan untuk slot baru yang dipanggil 'Go Green!'. Slot yang akan diadakan pada setiap awal bulan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang usaha-usaha dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelamatkan bumi dan alam sekitar.

Untuk slot pengenalan, kami di DHA memilih tema 'Guna Semula Plastik'. Objektif slot 'Go Green!' pada kali ini adalah untuk
1. Menggalakkan para pelajar mengguna semula plastik-plastik daripada membuangnya begitu sahaja.
2. Mengajar cara-cara melipat plastik agar plastik-plastik di kediaman dapat diuruskan dengan baik dan tidak semak mata memandang :)


Mula-mula, kenalah ada plastiknya. Nana & Idham 'posing' dengan plastik masing - masing.

Masing-masing sedang tekun melihat demonstrasi melipat plastik. Dengar & perhati betul - betul, ya.

Plastik perlu dilipat dengan kemas. Jangan risau,...tak susah pun! Tengok senyuman Hafiz & Shahrul di bawah :)


Hasilnya....


Zainah dan beg plastik yang telah dilipat.

Afnan senyum gembira!

Hanim dapat beg plastik paling besar.

Shahira & Najwa

Aishah & Irisha

Little Nana & Big Nana



Walaupun plastik sudah dilipat menjadi bentuk segitiga, saiz plastik masih dapat ditentukan dengan melihat saiz bentuk segitiga yang dihasilkan. Sekiranya segitiganya kecil, maka sudah tentulah plastik berkenaan bersaiz kecil dan begitulah sebaliknya. Plastik-plastik yang sudah dilipat kemas bolehlah disimpan di dalam laci, bakul atau kotak khas.

Walaupun apa yang dilakukan hanyalah satu usaha kecil, namun kami di DHA berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan apa yang telah dipelajari.

Nota: Terima kasih khusus buat Farhana, Syazana & Hanim kerana membantu menjayakan slot Go Green! bulan ini.

1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email