Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, April 24, 2010

1 Malaysia (Konsep Satu Malaysia)


Pendahuluan

Konsep 1 Malaysia - diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri – memperkukuh perpaduan yang terjalin antara rakyat Malaysia - terdiri daripada pelbagai kaum dan agama - Konsep ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara - mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.


Isi - isi


Matlamat & Perlaksanaan
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”

bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya - mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berteraskan keutamaan rakyat

‘1 Malaysia’ membawa aspirasi mewujudkan semangat perpaduan dan memperbaiki hubungan antara kaum - nilai asas yang perlu diterapkan: hormat – menghormati, keikhlasan dan saling percaya - bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara berbanding kesetiaan kepada kaum/kelompok sendiri. Malaysia - negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia - segalanya perlu dinikmati secara bersama - tidak ada masyarakat/kaum yang akan dipinggirkan.

Konsep '1 Malaysia' adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa - membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.


Nilai – nilai Asas '1 Malaysia'
Baik pemimpin mahupun rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai '1Malaysia' - agar dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti


Penutup
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu menyemai prinsip kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini - menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia - segalanya perlu dinikmati secara bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email