Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Oktober 19, 2010

Barangan Import Vs Barangan Tempatan

Apa khabar, semua? Saya menerima beberapa respon berkenaan Kerangka Karangan - Barangan Tempatan Lebih Baik daripada Barangan Import [sila klik di sini]. Terdapat segelintir pelajar yang menghadapi kesukaran menyediakan isi-isi apabila topik ini dijadikan tajuk perbahasan dan pelajar dikehendaki menjadi pihak pembangkang. Dalam erti kata lain, pelajar perlu mengutarakan mengapa barang-barang import lebih baik berbanding produk keluaran tempatan. Saya harap isi-isi di bawah ini dapat membantu kalian.


Pendahuluan
Huraikan apa itu barangan import dan barangan tempatan.
Kecenderungan masyarakat Malaysia membeli barangan buatan import berbanding barangan buatan Malaysia.

Isi-isi
  • Barangan import lebih berkualiti - meskipun harga barangan import jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan produk tempatan - barangan import lebih bermutu dan tahan lama - [Berikan contoh - tas tangan import yang menggunakan fabrik tahan lasak dan material terpilih berkualiti tinggi pastinya lebih tahan lama - tidak perlu kerap berganti bag - alah membeli menang memakai

  • Barangan import lebih banyak pilihan yang menepati citarasa pengguna - pilihan untuk produk tempatan masih terhad. [Contoh - kereta keluaran tempatan (beri beberapa contoh) masih belum mampu menyaingi kepelbagaian kereta import di pasaran (beri beberapa contoh)] - pengguna dapat menikmati lebih banyak pilihan - memenuhi citarasa dan kehendak mereka

  • Membeli barangan import dapat memberi kepuasan peribadi kepada pengguna - hobi pengguna yang gemar mengumpul sesuatu barangan - menggalakkan mereka membeli barangan dari luar negara - tujuan menambahkan koleksi dan dapat memberi kepuasan peribadi kepada pengguna [Contoh - penggemar kasut/minyak wangi pasti akan turut membeli barangan tersebut yang diimport untuk menambah koleksi mereka - penggemar perabot mewah - membeli perabot-perabot yang diimport - tidak terdapat di Malaysia

  • Lambang status dan taraf hidup - bukanlah untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk - kebanyakan pengguna yang membeli barangan import mempunyai taraf hidup dan status sosial yang tinggi dalam masyarakat - sebagai salah satu cara apresiasi terhadap diri/simbol kejayaan yang mereka kecapi - tidak salah asalkan tidak membazir

Penutup
Barangan import atau luar negara lebih baik daripada barangan buatan tempatan - mampu memenuhi citarasa pengguna - tidak salah membeli barangan import sekiranya berkemampuan - tepuk dada tanya selera

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

9 ulasan:

  1. trima kasih atas bantuan nya...:)

    BalasPadam
  2. terima kasih atas bantuan nya....:)

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana membantu saya dan juga menambah idea :)

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana telah memberi maklumat kepada saya.....

    BalasPadam
  5. trm ksh bnyk 2x krn esk sy ada PERTANDINGAN PERBAHASAN

    BalasPadam
  6. saya harap ini boleh membantu dalam pertandingan perbahasan saya

    BalasPadam
  7. terima kasih lah bantu dapatkan info usul

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email