Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 29, 2011

Aktiviti Go Green! Pertama untuk 2011

Apa khabar semua? Hari ini Miss Crayon berkesempatan untuk upload gambar-gambar aktiviti Go Green! yang dijalankan di DHA pada 27 Januari 2011. Alhamdulillah, tahun ini aktiviti Go Green! masih diteruskan. Inilah sedikit sumbangan  Kelas Tuisyen DHA dalam memelihara alam sekitar. Walaupun aktiviti ini hanya diadakan sebulan sekali, Miss Crayon benar-benar berharap semangat cinta akan alam sekitar kian menebal dalam diri setiap murid/pelajar di DHA.

Aktiviti bulan ini memerlukan murid dan pelajar Miss Crayon untuk menghasilkan poster mini yang mengandungi nasihat atau mesej tentang alam sekitar. Kemudian, mereka akan diminta bergambar dengan poster mini tersebut. Miss Crayon kagum dengan penyertaan mereka. Meskipun hanya diberi tempoh masa 1 jam, mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah ini.

Irisha tengah cari idea :)
Tekun Idham & Wafi buat poster mini masing-masing.





Sessi bergambar dengan poster mini!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email