Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 22, 2011

Ventrilokis Berbakat Malaysia

Assalamu'alaikum. Salam sejahtera, semua. Selamat berhujung minggu! Hari ini Miss Crayon ingin kongsi dengan kalian tentang bakat anak-anak muda yang membuat persembahan dengan boneka atau 'puppet'. Inilah yang kita gelar sebagai ventrilokis atau dalam Bahasa Inggeris ~ 'ventriloquist'.

Dalam setiap persembahan, ventrilokis akan berinteraksi dengan bonekanya. Apa yang menarik suara boneka adalah suara ventrilokis sendiri cuma atas kemahiran yang dimiliki, kita tidak akan lihat gerak bibir mereka ketika bertutur (bagi pihak boneka). Saksikan persembahan ini.



Seronok bukan? Wan dan Rul sekarang semakin mencipta nama sebagai pemain boneka (ventrilokis) di Malaysia. Lebih menarik lagi, mereka ini pasangan kembar. Tentulah lebih serasi ketika membuat persembahan. Miss Crayon gemar melihat aksi Awang & Buntak (boneka-boneka Wan dan Rul) yang meniru pelbagai gaya artis. Karakter kedua-dua boneka ini amat menghiburkan. Sekiranya berminat, boleh 'LIKE' page mereka di facebook - Wan Rul Magic Puppet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email