Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Ogos 23, 2011

Contoh Karangan Cerita UPSR

Soalan:
Kamu dan rakan-rakan kamu sedang melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang sekolah. Tiba-tiba...

Mulakan karangan kamu dengan:
Tiba-tiba...


Tiba-tiba aku dan dua orang rakanku terdengar seorang perempuan menjerit meminta tolong. Kami berasa sangat terkejut. Kami mencari dari mana datangnya suara itu tanpa meminta kebenaran daripada guru terlebih dahulu. Suara itu datang dari arah hutan.

Aku berasa ingin tahu tentang pemilik suara itu. Aku mahu pergi walaupun dihalang oleh rakan-rakanku. Aku memaksa mereka supaya pergi ke sana bersamaku. Kami menjejak suara itu sehingga masuk ke dalam hutan. Kami semakin jauh ke dalam. Hari semakin malam. Aku berasa sangat takut dan sejuk tetapi aku gagahkan diriku untuk memenuhi keinginanku. Semakin jauh berjalan, suara itu semakin jelas dan kuat.

Kami ternampak satu cahaya di hadapan. Kami berlari laju untuk pergi ke arah cahaya tersebut. Di situ kami terlihat ada sebuah rumah yang besar dan menakutkan. Suara itu kedengaran lagi. Suara milik seorang perempuan menjerit dengan kuat. Aku berasa takut dan seram sejuk. Rumah itu nampak sungguh seram dan menakutkan. Warna rumah itu putih dan dipenuhi daun-daun yang menjalar naik dan lalang yang memanjang. Tempat itu sungguh gelap. Rumah itu seperti sudah lama ditinggalkan. Kami memasuki rumah itu dengan perasaan yang bercampur baur.  Tiba-tiba aku teringatkan keluargaku, sekolah dan rakan-rakan yang lain. Aku pasti mereka mesti sangat risau akan aku. Aku membaca surah-surah Al-Quran yang aku hafal.

Kami menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Kami berasa sangat terkejut. Kami terlihat ada seorang perempuan duduk di atas kerusi dengan tangan dan kakinya terikat. Mulutnya pula ditutup. Kami segera pergi ke tempatnya. Aku membuka mulutnya manakala rakan-rakanku membuka ikatan di tangan dan kakinya. Di sebelah kakinya terdapat  sebuah telefon bimbit. Aku terdengar ada seseorang membuka pintu dan memasuki rumah ini. Kami segera menyorok dan mengambil telefon bimbit itu. Seorang lelaki naik ke atas dan terkejut melihat ikatan budak perempuan itu yang telah terlerai. Dia segera mengikat budak itu kembali.

Di tempat kami bersembunyi pula, aku segera menelefon pihak polis dan keluargaku untuk memaklumkan kejadian itu. Setengah jam kemudian, pihak polis dapat mengesan kami dan mengepung rumah itu. Pihak polis dapat menangkap penjahat-penjahat itu. Penjahat-penjahat itu merupakan pengedar dadah dan rumah itu dijadikan tempat menyimpan bekalan dadah. Budak perempuan itu pula sebenarnya anak seorangg jutawan dan dia telah dijadikan tebusan untuk penjahat itu meminta tebusan daripada ayahnya. Pihak polis mengucapkan tahniah kepada kami. Ibu bapaku pula memeluk dan menciumku sambil menitiskan air mata gembira. Aku tahu jauh di sudut hati mereka sangat berbesar hati dengan keberanianku.


Karangan ditulis oleh:


Nur Syarahanim binti Mohd Naim
6 Aman
Sekolah Kebangsaan Kuang

9 ulasan:

  1. Fuh .. bestnya krg kamu...!!!
    *_* dh teruja ni.....

    BalasPadam
  2. bagos karangan awak

    BalasPadam
  3. saya teruja bdk macam kamu blh merangka karangan dgn bagus

    BalasPadam
  4. sedap ayat awak

    BalasPadam
  5. wow sedapnya karangan Syarahanim tulis saya teruja nak tulis karangan seperti dia mcm Syarahanim itu.................

    BalasPadam
  6. Caantik betul Kara Gan . Sedap utk dibaca.

    BalasPadam
  7. Krgn ni best la.Tq for helping me

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email