Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Ogos 13, 2011

Langkah – langkah Menyuburkan Tabiat Membaca

Assalamu'alaikum & selamat sejahtera semua!  Bagi yang beragama Islam, bagaimana puasa kalian hari ini?Baiklah, Miss Crayon hendak kongsikan kerangka karangan untuk UPSR dan PMR mengenai bagaimana kita hendak suburkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak. Isi-isi di bawah boleh digunakan. Tetapi jangan lupa untuk membuat huraian dan sertakan contoh-contoh yang sesuai. Buat murid-murid UPSR, pilih tiga atau empat isi penting dan bina perenggan berdasarkan kerangka yang diberi. Buat pelajar-pelajar PMR pula, semestinya olahan isi kalian perlu lebih panjang. Jangn lupa untuk menggunakan peribahasa (yang bersesuaian) dalam karangan kalian.



Pendahuluan 
membaca jambatan ilmu – membaca merupakan kunci kejayaan – melalui pembacaan banyak mendapat ilmu

Isi – isi

  • perlu dipupuk sejak kecil – bermula dari rumah – menyediakan perpustakaan mini di rumah – sediakan bahan bacaan yang sesuai
  • ibu bapa berperanan mendidik anak – anak – tunjukkan tabiat membaca – bawa anak – anak ke kedai buku dan ekspo buku/pesta buku – memberi pendedahan terhadap pelbagai jenis buku - biar anak rasa teruja apabila melihat buku lantas berminat untuk membacanya
  • pihak sekolah menganjurkan kempen membaca atau bulan membaca  –  anjurkan pelbagai jenis aktiviti seperti pertandingan mengeja, membaca, pesta atau karnival jualan buku – contoh: Program Nilam dapat merangsang minat murid untuk membaca
  • pusat sumber sekolah – sediakan pelbagai bahan yang terkini dan variasi – buku – buku cerita yang menarik, majalah – majalah ilmiah - dorongan untuk membudayakan amalan membaca dalam diri murid – murid
  • kerajaan perlu lebih kerap mengadakan kempen membaca – semaikan dalam jiwa anak – anak bahawa membaca itu amalan mulia – perpustakaan boleh menyediakan sudut khas yang penuh dengan bahan bacaan kanak – kanak – menarik minat mereka ke perpustakaan – akhbar harian turut boleh mainkan peranan dengan mewujudkan ruangan atau sisipan yang menarik khusus untuk pembaca cilik


Penutup
dengan didikan yang betul – dan adanya sumber bahan bacaan  yang mudah didapati dan tidak terhad – budaya membaca akan subur dalam jiwa murid – murid – membaca jambatan ilmu – luaskan pengetahuan dan minda

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email