Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Khamis, September 22, 2011

Contoh Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Kapal Terbang


Aku Sebuah Kapal Terbang

   Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang, aku dicat dengan warna kegemaranku iaitu merah. Aku kemudiannya dieksport ke sebuah negara yang makmur. Sekarang, aku sudah menjadi warganegara Malaysia.

  Setibanya di Malaysia, aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini, akulah yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku.

Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu, akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama. Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bak menatang minyak yang penuh.

Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan. Aku terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka badanku patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku pada waktu itu umpama kaca terhempas ke batu.
Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah siap dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat keputusan untuk menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan diriku lagi. Hatiku terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang menaburkan bakti kepadanya.

Ditulis oleh:
Nur Syarahanim Mohd Naim
6 Aman
Sekolah Kebangsaan Kuang
                              

8 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email