Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Bacaan ringan: T.E.R.O.K.A , Untuk Si Kaki Insta

Yang Menarik!

Khamis, September 01, 2011

Karangan Keperihalan UPSR: Pengalaman Memelihara Haiwan Kesayangan di Rumah


     Antara perkara menarik yang berlaku dalam hidup saya ialah pengalaman menjaga haiwan peliharaan saya, Snowy. Snowy ialah seekor kucing yang comel. Bulunya panjang, gebu dan putih seperti salji. Saya menjumpai Snowy di hadapan rumah saya ketika Snowy masih kecil.

     Saya berasa simpati akan nasib Snowy yang dibuang dan hilang tempat bergantung ibarat layang-layang terputus tali. Setelah mendapat kebenaran ibu bapa, saya mula menjaga Snowy sebagai haiwan peliharaan saya. Semenjak kecil lagi, Snowy merupakan seekor anak kucing yang comel. Telatahnya sering mencuit hati saya dan keluarga. Saya menjaga Snowy ibarat menatang minyak yang penuh.

     Pengalaman menjaga Snowy menyemai rasa tanggungjawab dalam diri saya. Saya perlu memberinya makanan yang berkhasiat tiga kali sehari. Di samping itu, saya perlu memastikan sangkar dan tempat tidurnya bersih. Saya turut memandikan Snowy dua minggu sekali dan sekali-sekala saya menyikat bulu Snowy yang panjang itu.

     Dengan memelihara Snowy, hidup saya telah terisi. Saya selalu bermain dengan Snowy pada masa lapang. Apabila saya ada masalah, saya selalu menceritakannya kepada Snowy dan Snowy sentiasa menjadi pendengar yang setia dan baik. Pernah suatu hari, ibu dan bapa saya balik kerja lewat. Saya tinggal di rumah bersama Snowy. Dengan tidak semena-mena, bekalan elektrik terputus. Saya berasa takut namun ketakutan itu hilang sebaik sahaja mendengar Snowy mengiau. Saya tahu saya tidak keseorangan.

     Sudah dua tahun saya menjaga Snowy. Snowy ibarat sebahagian daripada ahli keluarga saya. Jika dulu saya susah hendak menguruskan Snowy namun alah bisa tegal biasa.

Karangan ditulis oleh:
Nur Syarahanim Mohd Naim
6 Aman
Sekolah Kebangsaan Kuang

3 ulasan:

  1. masuk ke kelas tuisyen dewan haji ali boleh tak bagi ipad 2 percuma?

    Tolong Jawab Soalan saya?

    BalasPadam
  2. hari kemerdekaan

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.