Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Oktober 28, 2011

Kerangka Karangan - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh Soalan:
Ada pendapat mengatakan bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah ialah satu usaha yang patut digalakkan. Apa pendapat anda?

Pengenalan:
Negara kita banyak tempat yang bersejarah. Melalui peninggalan sejarah, kita dapat mengetahui keagungan dan kedaulatan sesuatu bangsa dan negara. 

Isi-isi:
  • Mengekalkan nilai-nilai tradisi dan keagungan tamadun yang lampau - membolehkan generasi muda mengenal, melihat dan menghayati keagungan sesuatu tamadun yang lampau. (Beri contoh yang sesuai)
  •  Kepentingan dari segi pelancongan - menjadi salah satu destinasi pelancongan. (Beri contoh yang sesuai)
  •  Kepentingan dari segi pendidikan - memupuk minat pelajar untuk mempelajari sejarah - menjadi salah satu tempat kajian tempatan sejarah (Beri contoh yang sesuai)
  •  Kepentingan dari segi arkeologi dan seni bina - membolehkan ahli arkeologi mengkaji warisan seni bina sesuatu bangsa (Beri contoh yang sesuai)

Penutup:
Bangunan bersejarah patutlah dipelihara dan dipulih agar warisan bangsa tidak lenyap begitu sahaja. Langkah-langkah yang wajar harus diambil - dapat diwariskan kepada generasi akan datang



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Jumaat, Oktober 14, 2011

Kerangka Karangan - Pemakanan Seimbang

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan:
Kamu dan rakan sedang menikmati makanan di kantin. Sambil makan, kamu berbual – bual tentang makanan seimbang. Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.




Pendahuluan:
  • sedang menikmati makanan di kantin sekolah – berbual – bual tentang pemakanan – makanan seimbang penting – diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran yang sihat

Isi – isi:
  • maksud makanan seimbang – makanan berkhasiat – terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin dan zat – zat lain - pengambilan makanan seimbang bermaksud - mengambil makanan bergizi yang cukup untuk keperluan tubuh
  • jenis – jenis makanan berkhasiat - makanan yang mengandungi karbohidrat - memberi tenaga (beri contoh yang sesuai) - protein untuk tumbesaran dan membina tisu-tisu dalam badan (beri contoh yang sesuai) banyakkan makan sayur dan buah – vitamin untuk mencegah serangan penyakit - susu - untuk keperluan kalsium tubuh
  • amalkan mengambil makanan secara teratur dan seimbang - rancang menu yang sihat - jauhi makanan ringan (beri contoh yang sesuai) yang tidak elok untuk kesihatan
  • kebaikan mengambil makanan yang berkhasiat - tumbesaran lebih sempurna - zat makanan cukup - dapat mengelakkan penyakit
  • mengelakkan pemakanan yang berlemak, bergula atau terlalu berkanji – tidak mengawal pemakanan akan mengakibatkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang – membaca risalah kesihatan dan pemakanan yang sihat – sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital

Penutup:
  • waktu rehat tamat – minta diri – masuk ke kelas – menyambung pembelajaran – mengucapkan selamat tinggal


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Khamis, Oktober 13, 2011

Kerangka Karangan - Disiplin Asas Kejayaan

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan:
Anda ingin menulis sebuah rencana yang akan dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Tajuk rencana itu 'Disiplin Asas Kejayaan Pelajar'. Tulis rencana itu.


Pengenalan:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin penting bagi seseorang pelajar - tulang belakang untuk mencapai kejayaan - disiplin dalam diri perlu dipraktikkan sepanjang masa.

Isi-isi:
  • Mengikut segala peraturan sekolah – menjadi pelajar baik/contoh - melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran, tidak terlibat dengan sebarang salah laku – melatih diri supaya menggunakan masa yang terluang di sekolah dengan baik – contoh: ulangkaji, pergi ke perpustakaan.
  • Mendisiplinkan diri ketika di dalam kelas - mengikut segala pengajaran guru dengan penuh tumpuan dan penelitian – fokus di dalam kelas – bertanya sekiranya tidak faham
  • Mendisiplinkan diri ketika di rumah - menyediakan jadual  belajar yang munasabah dan mematuhi jadual berkenaan dengan tekun dan gigih - menyiapkan segala tugasan  yang diberikan oleh guru dalam jangka masa yang diberi - menyediakan nota dan mengulang kaji – tidak mengamalkan sikap membuat kerja di saat – saat akhir – elakkan menangguh sesuatu tugas
  • Mendisiplinkan diri ketika bersama rakan - rakan - menjaga pergaulan - membataskan diri agar tidak terlibat dengan gejala negatif/tidak sihat seperti merokok, lepak, ponteng sekolah dan dadah/pil khayal - bijak menggunakan akal fikiran - jauhi rakan-rakan yang boleh bawa pengaruh buruk
  • Mengawal diri dan tingkah laku secara keseluruhan - mengikut segala ajaran agama, patuh dan taat pada nasihat ibu bapa & guru, belajar menghargai diri sendiri
Penutup:
Disiplin membolehkan seseorang pelajar menuju ke arah kecemerlangan dan menjadi seorang insan yang sempurna - pilihan terletak dalam tangan sendiri - sudah terbukti - hanya dengan disiplin yang tinggi sesebuah kejayaan akan dapat dicapai.

*Jangan lupa gunakan peribahasa yang sesuai ketika mengolah isi-isi karangan.



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Selasa, Oktober 11, 2011

Kerangka Karangan - Langkah-langkah Menerapkan Amalan Menabung atau Budaya Menyimpan dalam Jiwa Remaja

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan
  • menabung - amalan menyimpan atau mengumpul wang - dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi - amalan ini perlu disemaikan dalam jiwa remaja - belajar menyimpan agar masa depan lebih terjamin - banyak langkah-langkah yang boleh diambil dalam memastikan amalan ini terus bercambah dalam diri anak muda

Isi – isi
  • peranan ibu - bapa - pupuk budaya suka menyimpan dalam jiwa anak-anak sejak kecil - jangan terlalu ikut kemahuan mereka/limpahi mereka dengan kemewahan - sebaliknya ajar remaja untuk menyimpan wang jika ingin membeli sesuatu - buka akaun simpanan untuk anak-anak - didik dan lentur mereka agar tidak membelanjakan semua wang saku - baki wang saku dimasukkan ke dalam bank pada setiap hujung bulan - anak akan sedar betapa pentingnya menyimpan atau menabung
  • peranan remaja (individu) - remaja perlu sedar - yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang - perlu belajar menyimpan dari sekarang supaya dapat menempah hidup yang lebih senang di masa akan datang - disiplinkan diri agar dapat menyimpan sejumlah wang (kendatipun sedikit) setiap hari/bulan - remaja boleh mengajak rakan sebaya agar turut sama menabung dan tidak boros berbelanja
  • peranan pihak sekolah - anjurkan minggu atau bulan kesedaran menabung - laksanakan kempen dan aktiviti yang wajar diadakan demi menghidupkan budaya menyimpan dalam kalangan remaja - contohnya: membuat kerjasama dengan pihak bank - memanggil wakil dari pihak bank ke sekolah - membolehkan pelajar membuka akaun simpanan dengan jumlah minima/menambah wang simpanan
  • peranan pihak bank atau institusi kewangan - adakan pakej-pakej khusus untuk remaja dengan pelbagai faedah seperti hadiah lumayan dan perlindungan insurans -  lebih menarik minat remaja. Contoh lain - PTPTN wujudkan akaun SSPN yang menggalakkan anak-anak & remaja menabung untuk pembiayaan pengajian tinggi mereka kelak - memancing minat remaja untuk menyimpan
  • peranan pihak kerajaan - lancarkan kempen-kempen seperti bijak berbelanja, berbelanja secara berhemat dengan meluas - gunakan semua wadah media untuk sampaikan mesej pada remaja - wujudkan Hari Menabung - bertujuan untuk suntik kesedaran kepada remaja akan betapa pentingnya menabung

Penutup
  • sekiranya setiap pihak menggembleng tenaga memainkan peranan masing-masing - usaha untuk mendidik remaja tentang kepentingan menyimpan akan berjaya - kikis budaya boros berbelanja sebaliknya pupuk dalam diri agar berbelanja secara berhemat


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Jumaat, Oktober 07, 2011

Wirid Selepas Solat untuk Pelajar

'Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata'

Setiap kali selepas solat, wiridkan sebanyak 7 kali agar dikurniakan ilmu pengetahuan yang luas, petunjuk dan hidayah serta kepakaran dalam setiap cabang ilmu yang dipelajari.

Rabu, Oktober 05, 2011

Kerangka Karangan - Langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.




Soalan:
Dunia remaja sering terdedah kepada pelbagai gejala sosial.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.
[Soalan Percubaan Negeri Johor 2009]

Pendahuluan
- saban hari disogokkan dengan berita/isu semasa - remaja terlibat dengan pelbagai masalah sosial
- kebejatan akhlak dalam kalangan remaja seolah-olah semakin sukar dibendung
- remaja sendiri perlu ada kesedaran agar tidak terjebak dengan anasir-anasir yang tidak sihat

Isi-isi
  • Melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan - Setiap agama menggariskan penganutnya - mendekati kebaikan - menjauhi kejahatan - remaja perlu bertindak bijak untuk tahu apa yang dilarang dan dibenarkan dalam agama - apabila mempunyai pegangan agama yang kukuh - secara automatik remaja tahu membataskan diri dalam pergaulan dan gaya hidup.
  • Memperkukuh jati diri - remaja akan lebih menghargai diri sendiri - hindarkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif [nyatakan beberapa contoh]
  • Memilih rakan sebaya yang baik - remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya - perlu bijak memilih kawan - aktiviti dan tindakan rakan-rakan akan mempengaruhi remaja - sekiranya pilih teman yang suka melepak - tidak mustahil remaja akan terlibat sama
  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah - didik diri menghargai masa - lakukan aktiviti/pilih hobi yang mendatangkan manfaat seperti membaca, bercucuk tanam, menghadiri kelas-kelas kemahiran seperti komputer/jahitan - isi masa dengan perkara yang berfaedah - tidak akan terfikir langsung untuk menghabiskan masa dengan sia-sia
  • Sentiasa mematuhi nasihat ibu bapa dan guru - orang yang lebih tua  lebih dahulu makan garam - mereka lebih berpengalaman - dengar nasihat dan teguran mereka - pada usia remaja - gagal fikir dengan baik - sentiasa berfikiran positif menerima teguran dan bimbingan
  • Mendisiplinkan diri serta mematuhi peraturan yang ditetapkan - remaja memang penuh dengan naluri ingin mencuba - jiwa remaja juga cepat memberontak jika dikongkong - perlu disiplinkan diri dan belajar mematuhi setiap peraturan dan larangan (peraturan di sekolah, di asrama atau di rumah) - membentuk diri supaya menjadi insan yang lebih baik

Kesimpulan
- remaja yang harus bertanggungjawab atas diri sendiri
- tepuk dada tanya selera - perlu bijak berfikir untuk masa depan - bukan sekadar keseronokan sementara semata-mata



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.