Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Oktober 28, 2011

Preskripsi untuk Penyakit Malas

Assalamu'alaikum.

Semua orang ada 'kemalasan' dalam diri. Malas buat itu. Malas buat ini. Masalahnya, apabila timbul rasa malas untuk belajar, ini suatu perkara yang serius terutamanya buat kalian yang bergelar murid, pelajar atau penuntut :)

Untuk hari ini Miss Crayons ada 'ubat' untuk orang malas. Amalkanlah doa di bawah ini.
Doa ini kita baca dan amalkan agar dikurniakan oleh-Nya hati yang bersih dan luhur. Hati yang bersih akan sentiasa lapang dan mudah menerima ilmu. Dalam doa ini juga kita memohon agar mendapat ilmu yang bermanfaat.

Doa Memohon Hati yang Bersih & Ilmu yang Berfaedah
"Allahumma Inni 'Auzubika Minal 'Aj Zi Wal Kasal, Wal Jubni Wal Bukhli, Wal Harhami, Wa 'Aza bil Qabri, Allahumma Aati Nafsi Takwaha, Wa Zak kiha Anta Khairuman Zak kaha, Anta Wa Liyyuha Wa Maulaha, Allahumma Inni 'Auzubuka Min 'Ilmin La Yanfa'u, Wa Min Qalbin La Yah Sha 'U, Wa Min Nafsin, La Tashba'u, Wa Min Da'watin, La Yustajabu Laha"

Terjemahan: Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan -Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan"
[Riwayat Muslim No. 2722]

2 ulasan:

  1. TQ kerana berkongsi info , Agaknya nak tak kalau mereka dalam golongan ni malas cari duit...?

    BalasPadam
  2. ayat quran atau doa lebih baik ditulis dlm bahasa arab.jika ditulis dlm bahasa melayu sukar untuk menyebut dengan betul.kerna kesilapan menyebut akan mengubah makna ayat.trima kasih.

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email