Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, November 12, 2011

Selamat Berjuang Calon SPM 2011

Sedar tidak sedar, peperiksaan SPM bakal bermula pada 14 November ini. Buat calon-calon SPM 2011, kami di FunCrayons ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya. Semoga segala usaha dan penat lelah kalian selama ini akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Dikongsikan di bawah ini untaian-untaian doa untuk calon SPM yang beragama Islam. Terdapat juga zikir mudah yang boleh diamalkan.


Koleksi Doa & Zikir untuk Pelajar
  1. Doa Sebelum Masuk ke Kelas atau Dewan Peperiksaan
  2. Doa Mohon Dikurniakan Kefahaman dan Ingatan yang Baik
  3. Doa Ketika Buntu dalam Peperiksaan atau Mental Block
  4. Doa Mohon Dikurniakan Kejayaan Cemerlang
  5. Zikir Ketika Terlupa Sesuatu Pelajaran 
  6. Doa Memohon Agar Berjaya dalam Pelajaran atau dalam Mengejar Cita-cita
  7. Wirid Selepas Solat untuk Pelajar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email