Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Januari 25, 2012

Amalkan Baca Surah Al-Insyirah Sebelum Belajar

Assalamu'alaikum, apa khabar semua? Masih ada yang bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Namun, jangan terus lupa pada buku-buku sekolah. Hari ini Miss Crayons ingin kongsi dengan pelajar semua satu amalan mudah yang boleh dipraktikkan sebelum mula belajar.

Pastikan kalian dalam keadaan bersedia. Hati mesti lapang dan penuh ikhlas untuk belajar. Jangan mula belajar dengan niat terpaksa :)


Baca Surah Al-Fatihah.

Baca pula Surah Al-Insyirah. 

Kemudian bacalah doa belajardi bawah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email