Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Januari 25, 2012

Kerangka Karangan - Langkah-langkah Menangani Kes Pembuangan Bayi

Soalan:
Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar perdana di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani kes ini.

Pendahuluan:
Kes pembuangan hari - saban hari dilaporkan - terpampang di dada-dada akhbar - disiarkan hampir setiap hari di radio dan televisyen - kebejatan akhlak remaja semakin serius - tidak boleh dipandang enteng

Isi - isi:
  1. ibu bapa hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program  - ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak - lebih peka tentang isu keselamatan anak-anak terutamanya remaja - bijak memilih cara yang sesuai dalam menangani masalah perilaku anak
  2. mengadakan ceramah atau kempen - kempen kesedaran mengenai pembuangan bayi untuk pelbagai lapisan masyarakat - masyarakat perlu disedarkan bahawa isu pembuangan bayi ini amat serius
  3. menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk gadis/ibu muda yang hamil anak luar nikah dan ahli keluarga - membantu mereka dalam berdepan dengan stigma masyarakat dan elakkan trauma
  4. meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan sosial - pendedahan yang cukup perlu agar mereka lebih arif dalam pergaulan - faham akan kesan/akibat tindakan mereka sekiranya gagal dalam membataskan pergaulan
  5. membanteras pengedaran bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutamanya golongan remaja - pendedahan terhadap bahan tidak bermoral - semakin meruntuhkan akhlak remaja - remaja akan terdorong untuk melakukan lebih banyak salah laku sosial
  6. menghentikan program hiburan melampau yang merosakkan akhlak - penganjuran acara hiburan hingga larut malam - anak muda bergaul bebas atau program hiburan yang bercanggah dengan gaya hidup dan lunas agama - perlu dielakkan
Penutup:
Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil dengan segera. Setiap ahli masyarakat perlu gembleng tenaga - isu pembuangan bayi dapat dibendung




7 ulasan:

  1. terima kasih utk rangka karangan pembuangan bayi...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas pengongsian anda :)

    BalasPadam
  3. terima kasih sebab tolong

    BalasPadam
  4. zulkarnain kaka29 Mac 2013 10:56 PG

    bagus !!!

    BalasPadam
  5. Terima kasih ats rangka karangan ini!!!

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email