Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 28, 2012

Kerangka Karangan - Punca-punca Kesedaran Rakyat Malaysia Terhadap Alam Sekitar Masih Belum Memuaskan

Soalan:
Kesedaran rakyat Malaysia terhadap alam sekitar masih belum memuaskan. Nyatakan punca – punca fenomena ini berlaku.


Pendahuluan:
  • pencemaran berlaku di sana sini – pelbagai jenis pencemaran (air, udara, bunyi) berlaku saban hari - menyedihkan - tahap kesedaran rakyat masih rendah – masalah ini dipandang enteng

Isi – isi:
  • sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri - tidak fikirkan orang lain dan persekitaran - bersifat kebendaan - pentingkan keuntungan - huraikan bagaimana berlakunya hakisan, tanah runtuh, banjir kilat - kerakusan manusia taksub dengan pembangungan dan keuntungan berlipat ganda
  • media massa hanya melaporkan berita jika ada malapetaka – hanya mendapat liputan jika menjadi isu - sewajarnya media massa menjadi wadah penting dalam mendidik masyarakat untuk cintakan alam sekitar
  •  kempen – kempen yang dijalankan kurang berkesan – tidak menyeluruh - kempen-kempen perlu dijalankan secara berterusan - mesej kempen perlu jelas dan sampai kepada masyarakat
  • penguatkuasaan undang – undang tidak konsisten – masalah rasuah – tidak cukup kakitangan dan kemudahan
  • pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah – lebih mendalam – memupuk rasa kasih dan menghargai - mendidik anak-anak sedari kecil agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar

Penutup:
  • semua pihak harus berganding bahu – disiplin dan kesedaran penting – pelihara alam sekitar untuk generasi akan datang

3 ulasan:

  1. bagus...menolong saya menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru

    BalasPadam
  2. senang nak buat kerja karangan ini nasib baik ada isi ini ia sangat berguna

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email