Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Januari 25, 2012

KOMSAS - Tema

Klik untuk besarkan imej.

Tema Novel 
(Berdasarkan Novel-novel ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA)

  • Sukar Membawa Tuah

Kegigihan

Kegigihan seorang remaja berketurunan Orang Asli yang sanggup bersusah payah untuk mendapatkan ilmu. Adit anak Pak Katan (berusia 10 tahun) menyedari peri pentingnya ilmu dalam kehidupan bercita-cita tinggi ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Berbekalkan semangat yang kental, Adit sanggup mengharungi segala cabaran dan dugaan untuk bersekolah termsuklah terpaksa berulang-alik dari rumah ke sekolah yang begitu jauh jaraknya. Berkat kesabaran dan ketabahannya, Adit berjaya memperoleh 3A dalam UPSR dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh di luar bandar. Namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah.  Dalam hal ini, Adit berpendapat  bahawa bersekolah di mana-mana sama sahaja asalkan ada kemahuan, pasti akan berjaya.


  • Wira Pesona Avatari

Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat.

Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian dengan semangat perjuangan yang tinggi sehingga mereka berjaya dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut.


  • Merenang Gelora

Ketabahan

Ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Badri tabah menempuh pelbagai cabaran, dugaan, cemuhan dan ugutan sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang pengawas di sekolah. Tugas berkenaan merupakan pengalaman baru buatnya kerana jawatan tersebut belum pernah disandang sebelum ini. Semua ini cuba dihadapi oleh Badri dengan baik.

1 ulasan:

  1. Cantik blog dan blog ini penuh dengan maklumat . Terima kasih .

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email