Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Bacaan ringan: T.E.R.O.K.A , Untuk Si Kaki Insta

Yang Menarik!

Sabtu, Januari 28, 2012

Novel Merenang Gelora - Plot


Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah. Turut diperkenalkan watak Badrul, adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan yang baru disandang olehnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.

Perkembangan
  • Watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri diperkenalkan tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup. Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu pertelagahan antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.
  • Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.
  • Siew Mei menceritakan aktiviti haram Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam aktiviti tersebut.Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan perkara tersebut daripada Badri.
  • Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
  • Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan.
  • Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.

Klimaks
  • Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau turut memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya lebih berdisiplin dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.
  • Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Meng Kong disuruh memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.
  • Meng kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman 3 rotan setiap seorang.
  • Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong tujuannya supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
  • Peristiwa mengejutkan apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
  • Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

Peleraian
  • Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
  • Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.
  • Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.
  • Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan menjadi doktor yang akan bekerja di Hospital besar Kuala Lumpur.
  • Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan dan berjaya membuka resort di terengganu manakala Shahru dan Kumar melanjutkan pelajaran di politeknik mengambil kursus kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka bengkel kereta.
  • Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira membuka sebuah butik dengan kelulusan diploma fesyen di UITM yang dimilikinya.
  • Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
  • Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka.

16 ulasan:

  1. terima kasih,banyak membantu.

    BalasPadam
  2. Thanks for this information ! I'm so relief that you paste this on your blog. Thanks again ! *I hope this is the real plot and there's no other than this*

    BalasPadam
  3. Sama-sama. Harap kalian dapat manfaatkan seadanya. Teruskan belajar dengan gigih :)

    BalasPadam
  4. Thanks alot u saved my BM .

    BalasPadam
  5. terima kasih atas segala ilmu yang dikongsi. nota ini amat memudahkan saya... semoga usaha anda ini akan mendapat balasan yang bik daripadaNYA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah. Terima kasih juga kerana sudi kunjungi blog kami :)

      Padam
  6. pengajaran xder ke?

    BalasPadam
  7. ok thanx ya.moga Allah memberkati kalian :)

    BalasPadam
  8. Terima kasih kerana menolong saya dalam BM saya ini! :) TQVM!

    BalasPadam
  9. latar takde ke ???

    BalasPadam
  10. Thanks a lot

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.