Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Januari 26, 2012

Novel Sukar Membawa Tuah - Plot


Plot
Mengikut kronologi


Binaan Plot

  • Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak Adit dan Pak Katan. Adit mengikut bapanya, Pak Katan masuk ke dalam hutan untuk memungut rotan dan damar. Itulah punca pendapatan keluarga mereka.

  • Perkembangan
Adit menyatakan hasrat untuk bersekolah kepada ayahnya. Walaupun pada mulanya Pak Katan seolah-olah membantah, namun Pak Katan tetap berusaha untuk mendaftarkan nama Adit di sekolah di pekan. Adit menghadapi kesukaran untuk bersekolah kerana asrama sekolah sudah sesak dengan penghuni. Walau bagaimanapun, Ah Tong menawarkan bantuan yang membolehkan Adit berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari.

  • Puncak
Pada suatu hari, Adit tidak pulang dari sekolah seperti biasa. Pak Katan terpaksa meminta bantuan penduduk kampung melalui Tok Batin untuk mencari Adit. Adit dijumpai dalam keadaan cedera parah akibat jip Ah Tong yang ditumpanginya terbabas ke dalam gaung. Kaki Adit patah dan dia kehilangan banyak darah. Kemalangan itu turut meragut nyawa Ah Tong.


  • Peleraian
Adit sembuh setelah dua bulan. Namun, dia menjadi tempang. Kesungguhan Adit ke sekolah dalam serba kepayahan menarik perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Adit ditawarkan tempat di asrama dengan menumpang katil Ateh. Adit lebih fokus terhadap pelajaran dan berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Adit berjaya mendapat 3A dalam UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Adit menolak tawaran tersebut kerana baginya belajar di mana-mana sama sahaja asal ada kesungguhan dan kegigihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email