Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Januari 25, 2012

Novel Wira Persona Avatari - Plot


Plot
Tidak mengikut kronologi


Binaan Plot

  • Permulaan
Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan Pasukan Zamrud II dengan impian mahu mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud (diketuai oleh ayah mereka, Profesor Muhammad Fitri) yang menjuarai pertandingan ini sedekad yang lalu. Selain Anas dan Aina, Pasukan Zamrud II turut dianggotai empat rakan mereka iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.

  • Perkembangan
Pasukan Zamrud II menjalani latihan keras sebagai persediaan untuk pertandingan seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan. Mereka berusaha dengan gigih dan hasil kerjasama berpasukan yang padu, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Salah seorang ahli iaitu Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.

  • Puncak
Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke pusingan keempat (pusingan akhir pertandingan), dua orang penceroboh menggeledah bilik persalinan mereka untuk mencuri baju-baju khas pertandingan Avatari. Aina cedera ditembak di bahu dan segera dikejarkan ke hospital. Tempatnya digantikan oleh Zuriani.

  • Peleraian
Pasukan Zamrud II berjuang bermati-matian hingga berjaya menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Mereka berjaya membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih dirawat di hospital mendapat khabar gembira bahawa ayahnya dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.

8 ulasan:

  1. terima kasih. bantu sy wat keje sek.

    BalasPadam
  2. i need tema dan persoalan

    BalasPadam
  3. thnxz...:) krne mebntu sye menyiapkn ker je skolah...

    BalasPadam
  4. tnx! membantu dlm kerja sekolah sy :)

    BalasPadam
  5. plot die mmg catu je ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plot memang begini. Mungkin yang anda perlukan ialah Teknik Plot.

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email