Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 28, 2012

Peribahasa - Melakukan Dua Pekerjaan Pada Masa yang Sama

Salam Sejahtera. Apa khabar semua? Hari ini kita akan belajar beberapa peribahasa yang membawa maksud melakukan dua (atau lebih) pekerjaan pada masa yang sama. Dalam erti kata lain, dengan melakukan sesuatu perkara itu, kita dapat mencapai dua maksud atau hajat sekaligus.
  • Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
  • Berkayuh sambil bertimba
  • Berkayuh sambil ke hilir
  • Sambil berdendang, biduk hilir
  • Sambil berdiang nasi masak
  • Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar
  • Sambil menyelam minum air
  • Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email