Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Januari 17, 2012

Ringkasan PMR – Teknik Menulis Ringkasan

Apa khabar pelajar semua? Bagaimana persekolahan kalian setakat ini? Semoga 2012 menjanjikan tahun yang cemerlang buat kita semua. Hari ini Cik Crayon mahu kongsikan teknik menulis ringkasan untuk Tingkatan 1 hingga 3.


Langkah 1:

Baca soalan dengan teliti. Fahamkan apa yang perlu diringkaskan. Kenalpasti kata kunci soalan:

  • faktor-faktor / sebab / punca
  • kesan /implikasi /akibat
  • cara-cara / langkah-langkah
  • kebaikan/manfaat/faedah
  • keburukan/kekurangan
  • permasalahan/ kekangan/halangan/kerumitan/kesulitan/masalah/cabaran

Langkah 2:

Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi-isi penting yang berkaitan. Ringkaskan bahagian-bahagian yang perlu. Lakukan pemotongan atau pengguguran seperti pada:

1.    Nama tokoh yang memberikan pendapat
Contoh:
Menurut Pengarah Bahagian Kawalan Mutu Makanan, Kementerian Kesihatan, Dr. Abdul Rahim Mohamad, trend pemakanan masyarakat kini membahayakan kesihatan.

Diringkaskan menjadi:
Trend pemakanan masyarakat kini membahayakan kesihatan

2.    Contoh-contoh yang diberikan
Contoh:
Makanan yang dibiarkan terdedah kepada udara yang tercemar dengan bakteria, virus dan gas-gas berbahaya yang boleh membawa maut boleh menyebabkan keracunan makanan.

Diringkaskan menjadi:
Makanan yang dibiarkan terdedah kepada udara yang tercemar boleh menyebabkan keracunan makanan

3.    Keterangan yang terdapat dalam ayat
Contoh:
Masalah keracunan makanan sering berlaku di premis makanan yang tidak diurus dengan baik dari segi kebersihan.

Diringkaskan menjadi:
Masalah keracunan makanan berlaku di premis makanan yang tidak diurus dengan baik.

4.    Unsur pilihan
Contoh:
Makanan di gerai-gerai ini tidak disediakan mengikut prosedur yang betul atau tahap kebersihannya tidak terjamin.

Diringkaskan menjadi:
Makanan di gerai-gerai ini tidak disediakan mengikut prosedur yang betul.


Langkah 3:

Tulis ringkasan anda. Gunakan acuan ayat di bawah sebagai panduan.

Antara (isikan dengan kata kunci mengikut tajuk) ialah.........(Isi 1)............................... Seterusnya, ............(Isi 2) ...................... Selain itu, ...............(Isi 3) ......... Di samping itu, .............(Isi 4).................. Akhir sekali, ...................(Isi 5)................

3 ulasan:

  1. menarik,senang difahami.. But okey, thanks.. Esok pun mmng ada exam BM.. hehe :)

    BalasPadam
  2. tahniah cikgu atas usaha ini...mohon izin nak guna sebagai bahan penerangan kepada pelajar

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email