Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Januari 29, 2012

Tips Mudah Hilangkan Mengantuk Ketika Belajar

Salam Ahad! Semoga kalian semua dapat rehat secukupnya hujung minggu ini. Ada yang sibuk siapkan kerja rumah? Semoga segalanya berjalan lancar.

Kerap mengantuk ketika belajar? Rasa 'sleepy' saat menelaah?  Amalkan tips di bawah:

  • Duduk tegak dengan postur yang betul. Jangan bongkokkan tubuh ketika belajar. Kalian akan rasa lebih lesu. Pastikan berada dalam kedudukan yang selesa.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tahan seketika, kemudian lepaskan nafas. Ulang beberapa kali. Kalian akan mula berasa lebih segar :)

  • Bagi yang membuat tugasan di hadapan komputer, berdiri tegak dan lakukan sedikit regangan. Gerakkan sendi-sendi dan kembali duduk dengan selesa. 
  • Lakukan sedikit senaman untuk leher dan tengkuk selama 10-15 minit. Lihat rajah di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email