Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Februari 11, 2012

Kerangka Karangan Keperihalan - Menziarahi keluarga murid yang miskin dan daif.

Contoh soalan:
Anda telah mengikuti guru kaunseling dan guru hal ehwal murid ke rumah seorang murid/pelajar yang miskin. Anda mendapati bahawa kehidupan keluarga murid terbabit amat menyayat hati. Perihalkan keadaan tersebut.


Pendahuluan
-    tujuan kunjungan – melihat keadaan sebenar seorang murid/pelajar yang miskin

Isi – isi
-    rumahnya agak jauh dari sekolah – terpaksa melalui jalan tanah merah yang becak – sukar mencari rumah – tiada alamat tetap
-    tiba sejam kemudian – sebak melihat persekitaran rumahnya – rumah papan itu tampak sudah mula reput – keadaan tidak ubah seperti reban ayam
-    dijemput masuk – tiada perabot - tiada bilik - hanya tirai untuk memisahkan ruang - dinding rumah yang berlubang dan atap bocor di sana sini - jika hari hujan, mereka sekeluarga pasti basah lencun – paling tidak bermandikan tempias
-    ibunya kurang sihat – pendapatan kecil – kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ayahnya sudah lama meninggal dunia – tidak mendapat bantuan yang sewajarnya – hanya ihsan daripada jiran tetangga

Penutup
-    guru menyerahkan sumbangan pihak sekolah kepada ibu murid/pelajar – berjanji akan cuba mendapatkan bantuan yang diperlukan – melihat keadaan murid/pelajar tersebut mengajar diri agar mensyukuri apa yang ada

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email