Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Februari 01, 2012

Kerangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi - Pelawa Rakan ke Rumah pada Musim Buah-buahan

Contoh Soalan:
Rakan kamu yang tinggal di bandar pernah menyuarakan hasratnya untuk merasai suasana musim buah – buahan di kampung. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk mempelawanya ke dusun buah – buahan milik keluarga kamu memandangkan musim buah – buahan telah pun tiba.
Pendahuluan:
  • alamat pengirim dan tarikh – bertanya khabar rakan dan keluarganya – menyatakan khabar diri

Isi – isi:
  • meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis surat kepadanya – sibuk membantu ayah di dusun buah – buahan – kemudian menjual buah – buahan di pasar
  • sekarang musim buah – buahan – menjemput rakan datang ke rumah – menikmati suasana musim buah – buahan – menikmati keenakan pelbagai jenis buah
  • dapat makan buah sepuas – puasnya – tidak perlu membeli buah – buahan di bandar yang mahal harganya – [Ceritakan juga aktiviti yang bakal kamu berdua lakukan : bersama –sama menunggu buah durian gugur di pondok yang dibina – menjual buah – buahan di tepi jalan raya]
  • berharap rakan dapat datang – pernah berjanji akan mempelawa rakan datang ke kampung apabila musim buah – buahan tiba – rakan dapat memberitahu tarikh kedatangan segera.

Penutup:
  • semoga bertemu nanti – sampaikan salam kepada keluarga rakan – mohon mengundurkan diri – tandatangan

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email