Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Yang Menarik!

Khamis, Februari 02, 2012

Kerangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi - Surat kepada abang yang menuntut di luar negara

Contoh soalan:
Tulis sepucuk surat kepada abang anda yang menuntut di luar negara. Ceritakan tentang kerinduan ayah dan ibu anda kepadanya dan harapan mereka untuk bertemu dengan abang anda. Ceritakan juga tentang nenek anda yang sakit.

  • (Format surat kiriman tidak rasmi)
  • sudah lama tidak menerima berita, bertanya khabar dan kehidupan hariannya di sana - harap cuaca sejuk tidak menjejaskan kesihatan - bagaimana perkembangan pelajaran di sana
  • musim buah-buahan di kampung – setiap hari ke dusun, membantu ayah – mengumpul buah-buahan (berikan beberapa contoh)– teringat pada abang yang suka makan buah-buahan setiap kali musim buah tiba
    Ayah dan ibu rindukan abang – setiap kali ke dusun ayah akan luahkan perasaan - alangkah baiknya jika abang turut ada bersama -  ibu pula - sering terkenangkan abang - apatah lagi apabila masak lauk-lauk kegemaran abang - mereka berdua berkirim salam
  • ingin maklumkan - nenek sakit - (huraikan sedikit sebanyak tentang keadaan nenek) - abang jangan bimbang - penyakitnya terkawal - doakan kesejahteraan dan kesihatan nenek
    rindu akan abang - tidak sabar menanti kepulangan abang setelah berjaya menggenggam segulung ijazah – semoga abang dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang – jadi kebanggaan keluarga
  • salam sayang untuk abang

3 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.