Nilai-nilai yang terdapat dalam novel Merenang Gelora:
Badri tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira meskipun dia tahu Nadira tidak akan mempercayainya. Ini jelas menunjukkan kasih sayang Badri terhadap Nadira dan tidak mahu Nadira merosakkan masa depannya.
Badri tetap tabah menggalas tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, dan ugutan yang diterimanya.
Badri gigih berusaha dalam pelajaran sehingga memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.
Badri tetap ingin berjumpa pengirim nota kecil yang terdapat dalam poketnya walaupun dia tidak tahu siapa sebenarnya yang menghantar nota tersebut.
Badri melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengawas dengan baik dan penuh dedikasi. Sebagai seorang pengawas, Badri cuba untuk menjadi contoh kepada pelajar lain dan memastikan mereka mematuhi peraturan sekolah.
Encik Tan prihatin akan kebajikan anaknya Meng Kong. Encik Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya dengan harapan anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial.
Badri mempelajari seni silat dengan Pak Alangnya. Dia sentiasa menghargai seni mempertahankan diri itu dan menjaga etika silat di mana saja dia berada.
Kendatipun Badri,Jamil,Shahrul, Siew Mei dan Meng Kong telah ada kehidupan masing-masing namun mereka menghargai persahabatan yang telah terjalin.
sangat memuaskan
BalasPadamsangat memuaskan
BalasPadamBaguslah, Cikgu gembira sekiranya bahan-bahan di sini dapat bantu kamu belajar.
Padamterima kasih yurp..:p
PadamTerima kasih, cikgu.
BalasPadamcikgu! pengajaran dia xde ker??
BalasPadamBagusnya ada semua maklumat ini :D
BalasPadamhrp-hrp dpt markah tinggi dlm exam MID YEAR dgn maklumat ni. :P
BalasPadam