Watak Utama
Badri
- Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul.
- Seorang pengawas sekolah
- Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa
- Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
- Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolah
- Menepati masa dan seorang yang sistematik - setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri sudah menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
- Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik dengan Jamil dan banyak membantunya dalam pelajaran.
- Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar apabila berdepan dengan pelajar yang berlagak samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.
- Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
- Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.
Watak Sampingan
Shahrul
- Salah seorang rakan Badri, anak orang berada
- Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
- Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
- Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
- Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
- Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
- Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
- Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
- Mementingkan diri sendiri – Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
- Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya – Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama.
- Pendendam – Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.
Nadira
- Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
- Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
- Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
- Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
- Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
- Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
- Tidak menghormati orang lain – meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
- Suka membazirkan masa – sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.
Meng Kong
- Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
- Rakan kepada Shahrul dan Kumar
- Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.
- Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
- Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
- Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
Kumar
- Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah.
- Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.
- Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.
- Mata duitan atau materialistik – Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang lebih.
- Mudah dipergunakan oleh orang lain – Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
- Insaf akan kesalahan yang dilakukan – Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
- Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Jamil
- Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.
- Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
- Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.
- Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
- Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik
- Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.
Cikgu Jailani
- Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
- Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
- Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
- Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
- Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.



Badrul yang mewakili sekolah untuk main bola sepak.Badri tidak aktif dalam sukan
BalasPadamTerima kasih atas makluman, Derrick. Kami amat menghargainya. Bahagian tersebut telah dibetulkan :)
Padampengajaran:kita mestilah tegas & adil ketika selesaikan masalah agar tidak menganiaya orang lain,contohnya dekat mana?boleh bagi nama watak beserta cerita ringkas* ty
BalasPadamCuba dalami watak Cikgu Jailani, bagaimana beliau menjalankan tugasnya sebagai seorang guru disiplin,...perhatikan bagaimana Cikgu Jailani menangani masalah-masalah pelajar yang dilaporkan kepadanya.
PadamMane watak yang lain ??
BalasPadamInsya Allah, kami akan muat naik kemudian setelah dibincangkan di dalam kelas.
BalasPadamdi manakah watak siew mei, taufik dan jamil?
BalasPadamdi manakah watak siew mei, taufik dan jamil
BalasPadamWatak-watak di atas Cikgu jadikan tugasan buat pelajar-pelajar Cikgu. Selepas dibincangkan kelak, Cikgu akan muat naik. Insya Allah.
Padambadrul x dek eh?? ermm :( x siap la koje kitew.. ermm x complete lg.. cari info lebih siket..
BalasPadamTerima Kasih, :)
BalasPadamsama-sama ;0
PadamTERIMA KASIH BANYAK-BANYAK......
BalasPadamsama-sama
Padamulasan bab demi bab ade x
BalasPadamInsya Allah, cikgu akan cuba muat naik nota yang lebih lengkap apabila ada kelapangan.
Padamada x persoalan kerjasama O3O
BalasPadamAdik boleh rujuk entri terbaru http://funcrayons.blogspot.com/2012/07/novel-merenang-gelora-persoalan.html
PadamMacam mana buat satu karangan tentang perwatakan
BalasPadamFahami soalan sama ada watak utama/watak sampingan. Ceritakan serba sedikit tentang watak tersebut. Contohnya Badri - anak sulung, abang kepada Badrul, baru menyandang jawatan pengawas di sekolahnya...
PadamKemudian, huraikan pula perwatakan dengan contoh yang sesuai. Misalnya, Badri seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Huraikan lebih lanjut. Setiap satu perwatakan perlu disertakan dengan contoh/bukti dari teks.
tak de yg dlm bentuk video ke???
BalasPadamBuat masa ini tidak ada :)
PadamCikgu sudah hampir setahun menunggu watak sampingan dimasukkan agak2 bila cikgu hendak masukkan
BalasPadamWah, sudah hampir setahun? Maaf kerana buat adik menunggu sebegitu lama :)
PadamSebetulnya cikgu memang agak sibuk jadi kesempatan yang ada cikgu gunakan dengan mengemaskini bahan-bahan yang cikgu fikirkan penting.
Insyaa Allah, permintaan adik mengenai watak-watak sampingan yang lain akan cikgu letakkan sebagai keutamaan.
apakah watak perwatakan
Padam1.jamil
2.taufik
3.mak siti?
kerana cikgu kita menyuruh kita buat tetepi perwatakan mereka agar tak banyak...harap tolong...
perwatakan Kumar takde pon..
BalasPadamAssalamualaikum, watak jamil takde ke? kalau ada saya nak boleh?
BalasPadamTerima kasih...Sekarang saye dah paham setiap perwatakan terutamanya Badri.....:)
BalasPadamSama-sama. Cikgu gembira nota ini dapat kamu manfaatkan :)
Padamterima kasih
BalasPadamkistimewaan watak utma ade x
BalasPadamwaa terima kasih ^^
BalasPadamthank you teacher!!!:)...
BalasPadam