Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Februari 02, 2012

Novel Sukar Membawa Tuah - Teknik Plot


~ Pemerian ~
Pengarang memerihalkan suasana di persekitaran desa terpencil di kaki Bukit Lokan.

~ Imbas Kembali ~ 
Adit teringat akan Akeh yang menceritakan pengalamannya selama tinggal di asrama.

~ Dialog ~
“Saya katan,” jawab Pak Katan.
"Ada apa kamu datang malam-malam ni?" tanya Tok Batin lagi.

~ Monolog ~
“Bersungguh-sungguh benar Adit hendak ke sekolah. Bagaimana lagi cara untuk membantu Adit itu. Aku buntu. Aku kasihan melihat Adit yang kecewa kerana tidak dapat belajar. Sebagai bapa, aku harus mencari jalan,” bisik hatinya sambil fikirannya melayang memikirkan cara menyelesaikan masalah itu.

~ Suspens ~
Adit tidak pulang-pulang dari sekolah meskipun hari telah malam.

Penemuan jip yang dinaiki oleh Adit dan Ah Tong yang terbalik di bawah gaung. Namun setelah jip itu diangkat, baik Adit mahupun Ah Tong tiada di dalam jip itu.

~ Kejutan ~
Ah Tong ditemui mati setelah jipnya terbabas ke dalam gaung.

11 ulasan:

  1. pendek gila bro!!! lebih baik ko x yah buat blog kalo cerni kau buat der!!lebih baik tutup la der dari malu der!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, masih muda tapi adab lu macam missing sket la der. Tapi alhamdulillah, rasa malu masih ada rasanya sebab guna 'Tanpa Nama'. Semoga ilmu yang bro jumpe di mana2 tu diberkati la ya. Dan, semoga Allah SWT bantu bro untuk lulus periksa walaupun ilmu adab sopan bro kurang. Kalau lulus pun, dah kira Alhamdulillah tu der. Bikin malu cikgu2 dan ibubapa jek.

      Lu carik info orang bagi free, lu kutuk...bro, pastikan ilmu yang bro dapat tu diberkati dulu.

      Tumpang lalu, cikgu. Saya emo dengan bebudak macam ini. Maaf. As Salam.

      Padam
    2. Budak-budak zaman sekarang,...

      @Tanpa Nama - Sekiranya perlukan sebarang bantuan atau bimbingan, email ke tuisyenkaklong@gmail.com. Insya Allah, apa yang boleh cikgu bantu, cikgu akan bantu.

      Padam
  2. buat blog lebih bermutu lain kali bro misalnya pelajaran tu!!!panjang sikit!!kalo cerni gayanya buang masa la bro aq bukak blog ni!!!usaha banyak sikit ya,jangan buat blog sambalewa,orang ramai nak tengok....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen anda. Nota di atas memang ringkas dan pendek. Sekadar bahan tambahan buat pelajar-pelajar Cikgu kerana kami telah bincangkan topik ini di dalam kelas. Cikgu hanya beri satu contoh bagi setiap teknik plot agar dapat dijadikan panduan. Berusaha dengan lebih gigih lagi untuk baca & faham teks komsas. Anda akan jumpa lebih banyak contoh.

      Blog ini mengandungi material tambahan sahaja. Blog ini mungkin tidak bermanfaat bagi anda tetapi masih berguna bagi pelajar-pelajar lain. Selamat Berusaha. Dalam belajar, pelajar memang perlu gigih mencari ilmu. Tiada jalan singkat untuk berjaya.

      Padam
    2. Memang berguna pendek2 macam ni sebab senang nak hafal. :D Orang lain2 bro. Jgn fikir diri sendiri je.

      Padam
  3. panjangkan lg teknik plot dgn lbh baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu sudah beri secara ringkas. Oleh itu, bolehlah Faezmar panjangkan guna ayat dan huraian sendiri. Dengan contoh yang telah diberi, cuba cari contoh-contoh lain pula.

      Padam
  4. PEKARA NIE memang bantu saya pada saat2 terakhir sebelum menduduki pMr,,,harap2 teknik plot masuk dalam peperiksaan pmr 2013 !!! I luv keLas TuiSyEn DeWan Hj Ali

    BalasPadam
  5. orang dah tolong tu nak bersyukurlah......

    BalasPadam
  6. I felt so sorry for this teacher giving his everything and put out all the notes he know in this blog. This tanpa nama guy you should really mind your manners cause you need to have respect to teachers not bro or whatever.

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email