Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.


Sertai Kami

Rabu, Februari 01, 2012

Novel Sukar Membawa Tuah - Watak dan Perwatakan


Watak Utama

Adit
  • anak sulung kepada Pak Katan dan Mak Tawi, berusia sepuluh tahun.
  • berketurunan Orang Asli - berkulit hitam, bertubuh kurus kering dan lebih selesa berkaki ayam.
  • anak yang taat dan rajin membantu orang tua - mengikut bapanya ke hutan untuk mencari rotan dan mengutip damar
  • gigih menuntut ilmu - walaupun menghadapi pelbagai halangan dan dugaan, namun Adit tetap ke sekolah demi menuntut ilmu hingga berjaya mendapat 3A dalam UPSR
  • berpandangan jauh - mahu bersekolah dan berjaya dalam pelajaran demi masa depan diri dan keluarga - menyedari bahawa ilmu amat penting untuk mengubah keadaan masyarakatnya yang sangat daif dan mundur
  • menghormati orang lain - mengucapkan terima kasih kepada Pak Atan, pemandu lori balak yang ditumpanginya sewaktu pulang dari sekolah.
  • cekal - walaupun Adit menjadi tempang akibat kemalangan yang dialaminya, keadaan tersebut tidak mematahkan semangat Adit untuk terus bersekolah.

Watak Sampingan

Pak Katan
  • bapa kepada tujuh orang anak termasuk Adit dan suami Mak Tawi.
  • merupakan Orang Asli yang berketurunan Jahut dan tinggal di Kampung Bakai - sebuah desa terpencil di kaki bukit Lokan.
  • bekerja sebagai pemungut rotan dan damar sejak usianya sebaya Adit - pekerjaan tradisi yang telah diwarisi sejak turun-temurun
  • sangat miskin - bergantung hidup pada hasil hutan untuk menyara keluarganya.
  • prihatin terhadap kehendak anak - berusaha mencari jalan untuk memenuhi kehendak Adit yang mahu bersekolah
  • penyayang - sayang kepada anak-anaknya - sanggup bersusah payah mencari Adit yang masih tidak pulang dari sekolah walaupun hari telah malam

Mak Tawi
  • ibu Adit dan isteri Pak Katan.
  • rajin - menyediakan bekal untuk Adit ke sekolah dan untuk Pak Katan ke tempat kerjanya.
  • penyayang - sayang kepada anak-anaknya - cemas apabila Adit masih tidak pulang dari sekolah walaupun hari telah malam.

Ah Tong
  • seorang tauke berbangsa Cina, berperut buncit dan memandu sebuah jip.
  • penyelia di syarikat pembalakan - sering berulang alik dari tempat kongsi balak ke pekan untuk mengambil minyak.
  • baik hati - sanggup menumpangkan Adit ke sekolah setiap awal pagi dalam perjalanannya ke pekan. Turut mengambil Pak Katan bekerja dengannya sebagai pembantu pembalak.
  • meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya

Akeh
  • salah seorang kawan baik Adit dan merupakan satu-satunya kawan Adit yang bersekolah.
  • tinggal di asrama di sekolah yang terletak di pekan - kehidupannya sebagai pelajar lebih teratur
  • pandai - tergolong sebagai seorang pelajar yang pandai di sekolahnya
  • berdedikasi dan berwibawa - merupan seorang pengawas di sekolahnya
  • bercita-cita tinggi - menyimpan impian untuk menjadi jurutera - berjanji akan membina jalan raya masuk ke kampungnya dan sebuah rumah batu yang besar untuk keluarganya setelah menjadi jurutera suatu hari nanti.

Tok Batin Ahboi
  • ketua komuniti masyarakat Orang Asli di Kampung Bakai.
  • berusia 75 tahun - merupakan lelaki yang paling tua di kampung itu - mempunyai pengalaman hidup yang lebih luas berbanding ahli-ahli sukunya yang lain.
  • merupakan ketua adat bagi kaum Orang Asli di situ - nasihat dan pandangannya diterima oleh penduduk kampung. Arahannya untuk mencari Adit yang hilang ketika pulang dari sekolah dipatuhi oleh anak-anak buahnya.
  • prihatin terhadap kebajikan anak-anak buahnya - walaupun hidup serba kekurangan, Tok Batin tetap memberikan bantuan kepada keluarga Pak Katan sepanjang Pak Katan dan Mak Tawi berada di hospital kerana menjada Adit.

6 ulasan:

  1. peribahasanya x de ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. npw lak ?? xleh kew law xdw peribahase ? hmm .

      Padam
  2. xdw lar . huhu . insyaallh adew ty kot .

    BalasPadam