Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Januari 07, 2013

Novel Wira Persona Avatari - Watak dan Perwatakan



Watak Utama

Anas
  • anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian, berusia 17 tahun
  • ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
  • penyayang – amat menyayangi adiknya, Aina, memimpin  adiknya  masuk  ke bilik tidur setelah mendapati adiknya telah tertidur di  kerusi.
  • berani – sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada memenangi pertandingan - telah  memasukkan  bicu  ke  dalam  soket  masa  yang mengakibatkan  dia terpelanting  ke  sisi  disebabkan daya  cas  elektrik  daripada perisai  mesin  masa.
  • bijak – bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
  • mempunyai  kemahiran  dalam  ilmu  persilatan - ketika  dia  diserang oleh Samy  di  bilik  persalinan,  Anas  berjaya  menumpaskan  Samy  dengan ketangkasannyabersilat.
  • aktif dan berbakat dalam bersukan - menyertai pasukan hoki sekolahnya.
  • berfikiran  positif - masih  mempercayai  bahawa  ayahnya  masih hidup.  
  • seorang  yang  bertolak-ansur - telah  mendahulukan  duitnya dahulu untuk  membayar borang dan yuran pendaftaran pertandingan.
  • seoorang  yang  suka  berdebat  dan  menyuarakan  pendapat - menghabiskan  masa  dalam  kamar  bicara  untuk  berkongsi  idea  dan  berbalas  hujah dengan pengguna yang lain.
  • Seorang  yang  mempertahankan  Islam - meskipun  berada  dalam  ruang siber, dia tetap mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW.
  • matang  dan  berfikiran tajam - berjaya memimpin  pasukannya  untuk  menyelesaikan  masalah  pada  peringkat  akhir  yang memberi peluang kepada mereka untuk memenangi piala  Avatari.


Watak Sampingan


Aina
  • adik kepada Anas, berusia 12 tahun, banyak  mewarisi  rupa  dan  bakat  daripada
    ayahnya.
  • mempunyai susuk tubuh yang kecil
  • menubuhkan Pasukan Zamrud II bersama abangnya, Anas
  • rakan sedarjah menggelarnya “si cili padi” kerana kepintarannya
  • rajin beribadat dan mematuhi suruhan agama – berpuasa sunat bulan Rejab
  • gigih – berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II
  • keras hati – tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun telah dilarang oleh ibunya
  •  rajin - biarpun  waktu  rehat  telah  tiba,  dia tekun menyiapkan kerja sekolahnya.
  • bijak  mengurus  masa - menyiapkan  kerja  sekolahnya lebih awal walaupun kerja sekolah itu perlu dihantar pada minggu hadapan.
  •  tegas - tetap  mengatakan  bahawa  menjadi  satu kesalahan membeli CPU di pasar gelap.


Pauline
  • anak tunggal kepada pasangan Pak Cik Ho dan Angie, berusia 17 tahun
  • sahabat baik Anas sejak kecil
  • salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
  • menyimpan perasaan terhadap Anas
  • manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho
  • berpendirian teguh – sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar
  • cepat  marah - telah memarahi  Kumar  yang  tidak  sabar menunggu  kedatangan Adeen  dan  sikap Kumar yang  tidak  berminat  untuk  menyertai pertandingan itu.
  • kuat cemburu - tersinggung  apabila  Anas meninggalkannya untuk pergi mendapatkan Anjali.
  • mahir  dalam  sukan  wushu - berjaya  menyerang  Anjali  pada  pertarungan  mereka  dalam  sesi  latihan  bersama Cikgu Nisah.


Anjali
  • adik kepada Muthu, seorang ketua kongsi gelap
  • anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibu mereka meninggal dunia dan bapa meninggalkan mereka - dibesarkan dalam keadaan daif
  • kasar – dipengaruhi oleh didikan abangnya
  • pembelot/tidak amanah dan busuk hati – sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya
  • pandai bermain permainan video – mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War
  • berfikiran  sempit - dia hanya  menurut  kata abangnya, Muthu untuk menggagalkan  usaha Pasukan Zamrud  II walaupun tahu perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan.


Adeen
  • Anak Profesor Zakri, berusia 18 tahun
  • pengendali komputer Avatari
  • mempunyai  pengetahuan teknologi  yang tinggi - telah  berjaya membina sebuah  papan litar induk menggunakan  cip MIMOS.
  • merupakan pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia
  • pintar dan genius – mempunyai I.Q yang tinggi, penggodam komputer yang cekap
  • tenang, sabar dan rasional – tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar
  • pantas berfikir -  sewaktu dia mendapati cip mikroelektroniknya  hilang, dia pantas teringat  akan cip yang sama  pada papan  litar gentian yang dibawa oleh Pak Cik Tan.
  • berani - dia segera  menyambar  pisau  belati  yang  dipegang oleh Samy semasa berada di  dalam bilik  persalinan.
  • berfikiran  positif dan optimistik - dia turut  menganggap  dan mempercayai bahawa Profesor Fitri  masih lagi hidup.


Zuriani
  • anak gadis kacukan Melayu - Inggeris, berusia 12 tahun
  • sahabat karib Aina
  • merupakan peserta simpanan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
  • rendah diri – kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan posisi Aina di peringkat akhir pertandingan
  • amanah – tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh Pak Cik Tan


Kumar
  • anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, seorang jutawan barang kemas
  • panas baran – lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games Star
  • angkuh – tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan komputer Avatari Pak Cik Ho
  • menginsafi kesilapan diri – berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II

17 ulasan:

  1. terime kasih...nota kat cni mmg berguna utk bdk2 PT3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Harap boleh dimanfaatkan apa yang ada :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Untuk tahun ni, perwatakan Prof Zakri cikgu jadikan bahan perbincangan di kelas. Insya Allah, akan dimasukkan di blog ini kemudian.

      Padam
  3. Hey...bagus sangat...memang berguna untuk pelajar tingkatan 2 ..terima kasih kerana upload maklumat untuk novel wira persona avatari.. 😘

    BalasPadam
  4. Terima Kasih!!!^-^

    BalasPadam
  5. Terima Kasih!!!^_^

    BalasPadam
  6. It helpful!!! I really hope i can score for my pt3
    Thank you for the notes tho

    BalasPadam
  7. thanks friend��

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email