Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Bacaan ringan: T.E.R.O.K.A , Untuk Si Kaki Insta

Yang Menarik!

Sabtu, Mac 17, 2012

Kerangka Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Minat Anak-anak


Pendahuluan:
Minat anak-anak dalam sesuatu bidang dapat dikesan pada peringkat awal - ibu bapa berperanan memupuk minat yang positif dalam diri anak-anak - membimbing mereka memilih minat atau kecenderungan yang

Isi –isi Penting:

  • Ibu bapa memang berperanan penting memupuk minat anak-anak - bertanggungjawab memberi pendedahan awal - Contoh: sekiranya anak-anak didedahkan dengan amalan membaca - minat ini akan mula bertunas dalam diri mereka
  • Anak-anak ibarat sehelai kain putih - peranan ibu bapa amat penting untuk mencorak kehidupan mereka  - warna-warna dan nilai-nilai positif
  • Semuanya bermula di rumah -  ibu bapa adalah contoh atau idola mereka. 
  • Ibu bapa boleh memberi idea dan cadangan tentang hala tuju anak-anak pada masa depan - beri pendedahan yang cukup agar anak-anak dapat  mula belajar menyimpan cita-cita
  • Ibu bapa harus memberikan galakan dan dorongan kepada anak-anak tanpa jemu - sokong kecenderungan/minat mereka dalam aktiviti-aktiviti sihat/bermanfaat

Penutup:
Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik dan memupuk minat serta membimbing mereka demi masa depan. Anak-anak yang mendapat bimbingan dan sokongan ibu bapa - lebih arif menentukan mana yang baik dan buruk untuk masa depan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.