Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Jun 03, 2012

Novel PAPA...(akhirnya kau tewas jua!) - Gaya Bahasa


Untuk menjawab soalan KOMSAS dengan baik, ringkasan nota di bawah tidak memadai. Kalian perlu menambah sedikit huraian mengenai gaya bahasa yang digunakan.



1. Penggunaan Bahasa Inggeris

"Have you think it over?" (m/s 38)

"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)


 2. Ungkapan Bahasa Cina

Macam kata orang Cina, car beh liau, iaitu dimakan tidak akan habis. (m/s 48)


3. Sinkof

"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)


4. Simile

Renungan mata papa amat tajam setajam tombak hulubalang yang mengawal istana. (m/s 44)
seperti dapat membaca hatiku. (m/s 1)
seperti udang yang digoreng. (m/s 9)


5. Peribahasa

Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit, akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)

"Entahlah kak...Lia sendiri pun kadang-kadang tak tahu apa-apa yang Lia buat, ditelan mati emak dan kalau diluahkan pulak, mati bapak!" (m/s 23)


6. Personifikasi

Di luar sana, cahaya matahari mula menyinarkan cahayanya dan mencuri-curi masuk ke dalam kawasan hospital. (m/s 58)
Kata Mak Cik Noraini membunuh segala teka-teki yang bermain di kepala papa dan kepalaku. (m/s 85)


7. Simbolik

Subuh yang tadinya hanya diterangi oleh lampu-lampu neon yang tegak berdiri kini sudah mula diterangi oleh lampu ciptaan Tuhan yang paling besar dan itu menandakan hari sudah menjelang siang. (m/s 58)


8. Hiperbola

di bawah panahan cahaya matahari (m/s 7)
sampai terkeluar biji matanya (m/s 68)
renungannya itu terlalu jauh hingga membelah bukit-bukau (m/s 87)


9. Bahasa Persuratan yang indah

(Rujuk m/s 77 yang memaparkan peristiwa ketika Julia membaca surat cinta yang ditulis oleh papa kepada mama. Kandungan surat berkenaan ditulis dengan bahasa persuratan yang indah.)

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,blh tanya ? fun crayons tau x KEPENTINGAN GAYA BAHASA bgi novel PAPA form4

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa maksud, Farhana? Jika Farhana perlukan bantuan, email cikgu di tuisyenkaklong@gmail.com.

      Padam
  2. alhamdullilah bermanfaat nak dekat2 exam nie.
    :) thanks cikgu :)

    BalasPadam
  3. Contoh hiperbola ada tak?

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email