Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.


Sertai Kami

Yang Menarik!

Ahad, Jun 03, 2012

Novel PAPA...(akhirnya kau tewas jua!) - Teknik Plot



 TEKNIK PLOT

1. DIALOG
Perbualan antara dua atau lebih watak dalam plot sesebuah novel. Teknik ini mampu menghidupkan cerita novel di samping menyalurkan mesej-mesej penting kepada para pembaca melalui dialog antara watak.

Contoh:
"Apa you buat dalam bilik tu tadi?" Diam. Tiada jawapan yang kudengar.
"Aisyah, I'm talking to you, please answer me!" Ulang papa sekali lagi dan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku dapat mengenali suara papa. Rasa-rasanya dia sedang marah.
"Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke?" (m/s 199)


2. PEMERIAN
Digunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri fizikal, dan perasaan seseorang. Teknik ini memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa mahupun keadaan yang timbul dalam plot novel.

Contoh:
Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian. Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika mama ditemani angin petang yang bertiup lembut. (m/s 3)


3. MONOLOG DALAMAN
Percakapan batin sesuatu watak bukan bertujuan untuk berkomunikasi tetapi untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan atau fikiran ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.

Contoh:
Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu? Oh, tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak dengannya. (m/s 181)


4. IMBAS KEMBALI
Imbas kembali sesuatu watak terhadap peristiwa suatu ketika dahulu. Teknik ini memberi maklumat tentang latar belakang watak serta sebab musabab berlakunya suatu konflik.

Contoh:
Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripada mulut papa ketika dia melarang mama daripada berbelanja sewenang-wenangnya. "Betullah macam apa yang you kata, tapi duit tu bukannya daun kering yang bersepah di tepi jalan,"kata papa membidas alasan mama. (m/s 138)


5. UNSUR SASPENS
Bertujuan untuk melahirkan perasaan ingin tahu pembaca agar mereka berminat untuk mengikuti perkembangan plot yang seterusnya.

Contoh:
Dengan kemunculan seorang doktor dari dalam bilik bedah itu, kami diberitahu bahawa mama terpaksa melalui satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya. Papa kelihatan pucat bila mendengar penerangan itu disampaikan kepadanya apabila doktor menghulurkan sekeping borang untuk ditandatangani oleh papa. Sebaik sahaja doktor itu masuk ke bilik pembedahan itu semula, papa kelihatan menadah tangannya ke langit, memohon restu dari Ilahi agar mama diselamatkan. Peluh-peluh dingin mula memercik keluar dari dahi papa. (m/s 58)


6. UNSUR KEJUTAN
Melahirkan perasaan kejutan dalam diri pembaca terhadap suatu peristiwa yang ditimbulkan di luar jangkaan pembaca.

Contoh:
"Isteri encik telah selamat melahirkan sepasang anak kembar, tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan lagi." (m/s 59)

5 ulasan:

  1. Ini teknik plot. Kalau plot novel ni ada tak?

    BalasPadam
  2. Terima kasih... tapi plot ada x ?

    BalasPadam
  3. Terima kasih... tapi plot ada x ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lihat entri ini http://funcrayons.blogspot.com/2014/02/novel-papaakhirnya-kau-tewas-jua-plot.html

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.