Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Julai 31, 2012

Novel Merenang Gelora - Persoalan


Antara persoalan - persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah:

  • Anak-anak terlibat dalam gejala sosial rengtetan diabaikan oleh ibu bapa yang mementingkan kerjaya.
Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

  • Tanggungjawab terhadap tugas.
Badri sebagai seorang pengawas menjalankan tugas menangani kes disiplin dengan baik meskipun melibatkan kawannya sendiri, Jamil.

  • Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.
Siew Mei memberi maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.

  • Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. 
Encik Tan memohon kepada pengetua  supaya  Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

  • Sikap gigih pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

  • Bekerja sambilan demi belajar berdikari dan mendapatkan pengalaman bekerja.
Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.

  • Perpaduan kaum.
Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

  • Hasad dengki dalam persahabatan.
Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

  • Buruk sangka dalam kalangan pelajar.
Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong buruk sangka terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.

  • Gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email