Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Oktober 11, 2012

Aku Seekor Rama-rama

Sumber imej: dreamstime.com


          Aku ialah serangga yang terdapat hampir di seluruh dunia. Aku mempunyai sayap yang berwarna – warni di badan dan sepasang sesungut panjang yang terletak di atas kepala. Aku menggunakan sesungut untuk meraba dan menghidu. Aku seekor rama – rama.

          Setiap pagi, aku dan kawan – kawanku terbang mencari makanan. Makananku ialah madu yang boleh aku dapati daripada tumbuhan berbunga. Setelah kenyang, aku bermain – main dengan kawan – kawanku di taman bunga dengan senang hati.

          Pada suatu hari, aku melihat sekumpulan budak lelaki meluru ke arah aku dan kawan – kawanku. Mereka membawa jaring dan sebuah botol. Rupa – rupanya mereka ingin menangkap aku dan kawan – kawanku yang sedang bermain. Kami semua mula berasa cemas.

          Aku dan kawan – kawanku cuba melarikan diri kerana takut ditangkap oleh mereka. Malang tidak berbau, kerana mereka berjaya juga menangkap diriku. Aku cuba melepaskan diri tetapi usahaku menemui jalan buntu. Kawan – kawanku sungguh sedih melihat keadaan diriku yang dikurung di dalam botol.
 
          Keesokan harinya aku dibawanya ke sekolah untuk diserahkan kepada gurunya. Rakan-rakan sekelasnya  asyik memerhatikan aku sambil memuji – muji kecantikan diriku. Baru aku tahu, rupa – rupanya budak – budak itu menangkapku untuk membuat kajian tentang kehidupan seekor rama - rama sepertiku.

          Meskipun aku tidak lagi hidup bebas seperti dahulu, aku tidak menyesal kerana ditangkap. Malah aku berbesar hati kerana dapat memberikan khidmat demi menjayakan kajian budak – budak yang pintar ini. Namun, nyawaku tidak panjang kerana aku hanya boleh hidup selama dua minggu sahaja. Aku sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan mereka. Tiada apa yang dapat aku lakukan kerana memang riwayat rama – rama sedemikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email