Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Oktober 28, 2012

Doa Mohon Dipermudah Kesulitan atau Kesukaran yang Dihadapi



Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Hari ini, Miss Crayons mahu kongsi seuntai doa ringkas untuk diamalkan tatkala kita berdepan dengan sebarang kesulitan termasuklah ketika menjawab soalan peperiksaan (khusus untuk calon-calon SPM 2012). Ayat ini daripada Surah 'Abasa, Ayat 20. Pendek dan mudah untuk dihafal. Berdoalah dengan penuh kesungguhan agar Allah memudahkan setiap kesulitan kita. Insya Allah!


 Terjemahan: Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih).

2 ulasan:

  1. Surah Abasa ayat 20, trima kasih

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Nadia :)
    Cikgu dah betulkan nombor ayatnya.

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email