Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.


Sertai Kami

Khamis, Oktober 18, 2012

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan - Kesesakan Lalu Lintas



Sumber imej: hmetro.com
Contoh Soalan:
Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama di negeri kita.


Pendahuluan:
Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar-bandar utama di seluruh negara - langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil - cari penyelesaian segera

Isi -isi:
  • memperbanyak kemudahan awam, bas, teksi, LRT dan komuter - pastikan jadual perjalanan pegangkutan awam teratur - memudahkan orang ramai pergi ke sesuatu destinasi tanpa perlu menggunakan kenderaan persendirian
  • menggalakkan masyarakat berkongsi kereta - bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa
  • memperlebar jalan raya - menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah - memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar - mempercepat perjalanan
  • memperbanyak lebuh raya - jalan alternatif kepada pengguna jalan raya - untuk pergi ke satu tempat tidak perlu tertumpu pada jalan-jalan tertentu sahaja
  • menempatkan lebih banyak polis trafik untuk mengawal keadaan lalu lintas - terutama di simpang-simpang besar atau bulatan jalan raya

Penutup:
Masalah kesesakan lalu lintas perlu diatasi demi kebaikan semua pihak - tidak boleh dipandang ringan

Rujuk entri di bawah untuk isi-isi lain yang berkaitan:


1 ulasan:

  1. bagus2.. pape pon.. truskn usaha anda mnolong org.. heheh

    BalasPadam