Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Oktober 19, 2012

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan - Kepentingan Pemakanan Seimbang


Contoh soalan:
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pemakanan seimbang. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Sumber imej: mytipskesihatan.blogspot.com
Pendahuluan:
Pemakanan / diet seimbang -sajian makanan yang mengandungi semua nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh pada kadar yang betul - sesuai bagi tubuh untuk menjalankan fungsinya - penting untuk jamin kesihatan individu

Isi-isi:
  • Pengambilan makanan seharian perlu mengikut 'piramid makanan' - panduan kumpulan makanan yang membolehkan seseorang mengamalkan diet yang seimbang - membantu membentuk tabiat pemakanan yang sihat
  • Pengambilan gizi makanan yang seimbang - sangat penting -  nutrien yang cukup perlu untuk membina tubuh, bina sel baru, tisu yang rosak- tanpa pemakanan seimbang, tumbesaran terbantut/terencat
  • Setiap makanan yang diambil dalam diet harian perlu mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan - memberi tenaga - contoh: karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral - saiz hidangan - ikut piramid makanan dan turut mengambilkira gaya hidup dan aktiviti harian individu - cara pemakanan individu yang aktif dengan individu yang kurang aktif berbeza - perlu tahu untuk pilih makanan yang sesuai
  • Kekurangan sebarang nutrien boleh mengakibatkan kesihatan terganggu - mengamalkan diet yang tidak betul boleh mengancam kesihatan  - mengundang risiko penyakit kronik
Penutup:
Pemakanan seimbang penting untuk membina tubuh, memberi tenaga dan menjamin sertamengekalkan kesihatan


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

13 ulasan:

  1. amat memuaskan hati , dan memberikan bnyak ilmu (calon spm) :)

    BalasPadam
  2. terima kasih, ia sangat membantu! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu tak faham langsung.

      Padam
    2. Jika perlu bimbingan lanjut, emailkan pertanyaan ke tuisyenkaklong@gmail.com :)

      Padam
  3. penggunaan 'ia' masih disalahgunakan sehingga hari ini... ==


    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak mengapa. Cikgu akan tulis entri berkenaan penggunaan kata ganti 'ia' jika ada kelapangan.

      Padam
  4. wow, its a good essay

    BalasPadam
  5. Blog ini sangat bermanfaat bagi saya (^_^) neferititi

    BalasPadam
  6. terima kasih,maklumat ini sangat berguna

    BalasPadam
  7. Karangan Ini Sangat Membantu Saya... Terima kasih [calon PBSMR] ^_^

    BalasPadam
  8. KARANGAN INI SANGAT BERGUNA UNTUK MASYARAKAT

    BalasPadam
  9. KARANGAN INI SANGAT MEMBANTU SAYA ...TERIMA KASIH CIKGU

    BalasPadam
  10. that's a good bm essay.. (^_^)

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email