Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Oktober 20, 2012

Novel Konserto Terakhir - Nilai




1. Kerajinan
Hilmi seorang yang sangat rajin bekerja. Kerajinannya bekerja di rumah Datuk Johari mendapat pujian banyak pihak.

2. Kasih sayang
Hayati mula menyayangi Hilmi tanpa mengetahui Hilmi ialah abangnya sendiri. Kasih sayang itu berjaya mengubah hidup Hayati menjadi seorang yang lebih baik.

3. Keyakinan
Hilmi berkeyakinan tinggi yang dia akan berpeluang memajukan diri dalam bidang muzik dengan mengambil keputusan meninggalkan rumah Datuk Johari dan belajar muzik daripada Encik Bakar.

4. Kesabaran
Hilmi merupakan seorang yang sangat sabar dalam menempuh cabaran hidupnya. Dia juga bersabar dengan kerenah Datin Salmah yang tidak putus-putus menghinanya.

5. Berjimat
Hilmi tidak pernah mengambil wang gajinya semasa bekerja di stesen minyak. Sebaliknya, dia menggunakan wang upah mencuci kereta untuk berbelanja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email