Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Oktober 20, 2012

Novel Konserto Terakhir - Pengajaran




1. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan dengan ikhlas.

Contoh:
Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi bermain muzik tanpa mengenakan bayaran kerana bersimpati dengan anak muda itu.


2. Kita tidak sewajarnya memandang rendah/hina pada orang lain.
   
Contoh:
Datin Salmah memandang hina kepada Hilmi hanya kerana anak muda itu berasal dari kampung di Kedah.


3. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dalam kehidupan.

Contoh:
Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. Dia juga gigih mencipta lagu meskipun menghadapi konflik dengan isterinya Azizah.
   

4. Kita perlulah insaf dan berusaha untuk membaiki keadaan apabila menyedari kesilapan yang pernah dilakukan.

Contoh:  
Datin Salmah akhirnya insaf akan perbuatan kejamnya terhadap Hilmi.  Dia ingin mengambil anak Hilmi untuk dipelihara demi menebus kesilapannya.


5. Kita hendaklah menjaga nama baik/maruah ahli keluarga dan sanak saudara.

Contoh:
Hilmi tidak menceritakan yang buruk-buruk tentang Datuk Johari dan Datin Salmah kepada bapanya. Sebaliknya Hilmi memuji mereka dan memberitahu bapanya bahawa merekalah yang membiayainya belajar bermain piano.


6. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk menjayakan sesuatu rancangan. 

Contoh:
Hayati menggantikan tempat Hilmi yang dibawa ke hospital. Kerjasama daripada Hayati membolehkan konsert perdana tersebut dapat diteruskan dengan jayanya.


7. Kita sewajarnya menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira taraf kedudukan dan pangkat. 

Contoh:
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh  Hayati dan Azizah kepada Hilmi tidak kenal erti darjat atau pangkat.


8. Kita harus kembali kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup. 

Contoh:
Perubahan yang berlaku pada diri dan sikap Hayati. Pada mulanya, dia seorang gadis yang hidup dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama dan melakukan ibadah solat.


9. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. 

Contoh:
Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Demikian juga dengan Encik Bakar yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik.


10. Kita hendaklah saling memaafkan dan tidak menyimpan dendam antara satu sama lain. 

Contoh:
Hilmi tidak pernah menyimpan dendam terhadap Datin Salmah dan Datuk Johari walaupun mereka telah memberikan layanan buruk kepadanya.


11. Kita hendaklah menghormati pasangan kita (suami/isteri) dan seluruh ahli keluarga demi memastikan keharmonian rumah tangga yang bahagia.

Contoh:
Rumah tangga Datuk Johari tidak begitu stabil kerana Datin Salmah tidak menghormati suaminya dan sering mempengaruhi keputusan Datuk Johari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email