Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Oktober 10, 2012

Novel Sukar Membawa Tuah - Latar



Latar masa

1. Waktu pagi
Contoh:
Pada pukul 4.00 pagi, Pak Katan menemani Adit mandi di sungai. Selepas itu, Adit bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.

2. Waktu petang
Contoh:
Pak Katan memberitahu Adit bahawa dia telah menguruskan pendaftaran persekolahan Adit ketika mereka berehat di atas pangkin di hadapan rumah. Pihak sekolah bersetuju untuk menerima Adit tetapi Adit tidak mendapat penempatan di asrama kerana asrama telah penuh.

Pada setiap petang, Mak Tawi akan menunggu Adit pulang dari sekolah dan Pak Katan pulang dari kerjanya sebagai pembantu pembalak.

3. Waktu malam
Contoh:
Pak Katan, Tok Batin, penduduk kampung, dan pekerja-pekerja balak mencari Adit. Mereka menemui Adit di dalam gaung.

Selepas makan malam, Pak Katan berbual-bual dengan Adit. Pak Katan menasihati Adit supaya pandai menjaga diri apabila berada di sekolah nanti.

4. Waktu siang
Contoh: Setiap hari, Pak Katan dan Adit ke hutan untuk mencari rotan dan damar.

Latar masyarakat

1. Masyarakat Orang Asli yang masih mundur
Penduduk Kampung Bakai masih mundur tanpa jaringan pengangkutan yang sempurna untuk menghubungkan mereka dengan kawasan luar. Di kampung itu hanya terdapat laluan balak dan jalan sungai sahaja.

2. Masyarakat yang bergantung hidup kepada hasil hutan untuk meneruskan kehidupan.
Pekerjaan masyarakat Orang Asli yang tinggal di Kampung Bakai ialah mencari rotan, damar, kayu gaharu, tumbuh-tumbuhan herba, dan memburu binatang untuk menyara keluarga.

3. Masyarakat yang bekerja sebagai pembalak
Ah Tong, tauke balak berbangsa Cina yang sangat gigih bekerja. Ah Tong dan pekerja-pekerja balak yang lain mendiami rumah kongsi yang terletak di pinggir hutan Bukit Lokan.

4. Masyarakat Orang Asli yang menyedari kepentingan ilmu
Akeh dan Adit bertekad mahu mengubah nasib keluarga dan membawa kemajuan ke kampung mereka. Mereka sedar hanya dengan ilmu mereka dapat mencapai cita-cita dan impian mereka.

5. Masyarakat Orang Asli yang percaya dan berpegang kuat kepada pawang dan bomoh.
Gerakan mencari Adit yang hilang ketika pulang dari sekolah turut disertai oleh seorang bomoh Orang Asli, Pawang Putat. Sepanjang operasi mencari itu, mulut Pawang Putat kumat-kamit membaca jampi serapah. Masyarakat orang asli juga percaya jika berlaku sesuatu musibah, bermakna roh jahat sedang mengamuk.

6. Masyarakat Orang Asli yang sangat bangga jika memiliki anak lelaki
Bagi masyarakat Orang Asli, anak lelaki akan menjadi tempat keluarga bergantung hidup. Anak lelaki yang mahir tentang selok-belok hutan akan menjadi kebanggaan keluarga. Oleh itu, anak lelaki mesti kuat dari segi fizikal dan mental untuk menguasai setiap inci tanah di dalam hutan.

7. Masyarakat orang asli yang bergotong-royong dan saling membantu
Penduduk Kampung Bakai dan pekerja-pekerja balak mencari Adit dan Ah Tong hingga jauh malam. Mereka mengangkat jip Ah Tong yang terbalik di dalam gaung. Semasa Mak Tawi dan Pak Katan menjaga Adit di hospital, Mak Ca menjaga anak-anak Mak Tawi yang lain.

8. Pentadbir negara yang menjaga kebajikan masyarakat minoriti
Anak-anak Orang Asli disuntik untuk mencegah penyakit berjangkit. Selain itu, pegawai penerangan daripada Unit Tayangan Gambar Jabatan Penerangan memberi penjelasan tentang dasar-dasar kerajaan. Masyarakat Orang Asli juga diseru untuk merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan.


Latar tempat

1. Kampung Bakai
  • Terletak di kaki Bukit Lokan, kampung yang terpencil dan terletak di kawasan pedalaman.
  •  Kedudukannya kira-kira 30 kilometer dari kawasan pekan.
  •  Tiada sebarang kemajuan dan kemodenan - tiada infrastruktur yang lengkap di kampung ini.

2. Hutan Bukit Lokan
  • Terdapat banyak hasil hutan, seperti rotan, damar, kayu gaharu, tumbuh-tumbuhan herba, dan binatang buruan.
  •  Tempat penduduk Kampung Bakai termasuk Pak Katan dan Adit mencari rezeki.
  •  Tempat Ah Tong dan pekerja-pekerja balak memotong balak. Pak Katan bekerja sebagai pembantu balak setelah Adit bersekolah di pekan.

3. Rumah Pak Katan
  • Tempat tinggal Pak Katan, Mak Tawi, Adit, Udin, dan anak-anak Pak Katan yang lain.
  •  Bertiangkan kayu bulat dan berlantaikan buluh.
  • Tiada bekalan elektrik. Pada waktu malam, rumah ini hanya diterangi pelita minyak tanah.
  • Pak Katan pernah menemui seekor rusa dara terbaring di bawah rumahnya kerana rusa dara itu kesakitan kerana kakinya patah.

4. Sungai
  • Sumber bekalan air yang utama bagi penduduk Kampung Bakai.
  •  Adit memasang belat yang panjangnya hampir sepuluh meter untuk menangkap ikan.
  •  Adit pergi ke sungai untuk menenangkan fikirannya setelah bapanya memaklumkan asrama telah penuh.
  •  Adit berbual-bual dengan Tijah di atas dahan jambu air. Tijah menyokong hasrat Adit yang hendak bersekolah.

5. Pekan
  • Terletak 30 kilometer dari Kampung Bakai.
  •  Ah Tong datang ke pekan pada setiap pagi untuk membeli minyak.
  •  Di pekan inilah letaknya sekolah Adit.
  •  Pertama kali Adit ke pekan adalah ketika dia mengikut bapanya membeli keperluan sekolahnya.

6. Sekolah
  • Sekolah ini dikhaskan untuk masyarakat orang asli.
  •  Adit bersekolah dalam darjah satu ketika dia berumur 11 tahun.
  •  Akeh belajar di sini dan memegang jawatan sebagai pengawas sekolah.

7. Rumah Tok Batin
  • Penduduk Kampung Bakai berkumpul di hadapan rumah Tok Batin untuk mencari Adit yang belum pulang-pulang dari sekolah.

8. Gaung
  • Jip yang dipandu oleh Ah Tong terbabas lalu terhumban ke dalam gaung.
  •  Adit ditemui dalam keadaan lemah dan kepalanya berlumuran darah tetapi Ah Tong meninggal dunia.

9. Hospital
  • Tempat Adit dirawat selama dua bulan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
  •  Mak Tawi dan Pak Katan dibenarkan tinggal di asrama jururawat semasa Adit dirawat di hospital.

12 ulasan:

  1. terbaik ^_^

    BalasPadam
  2. terima kasih sekarang saya boleh pass peperiksaan saya

    BalasPadam
  3. good now i can do my latihan

    BalasPadam
  4. sangat membantu untuk PMR besok

    BalasPadam
  5. terima kasih la, senang buat revision PMR... :D

    BalasPadam
  6. Alhmdlillah..Dpt pon sikit ilmu dri apa yg dikngsikan..Hope dpt mmbntu..Act doakan sye brjya k..InshaAllah...

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email