Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Oktober 11, 2012

Novel Sukar Membawa Tuah - Nilai



1. Kasih Sayang
 Demi kasih sayangnya kepada anak, Pak Katan sanggup membenarkan Aidit belajar di sekolah di pekan walaupun jaraknya jauh dari kampungnya.

2. Kerajinan
Pak Katan rajin mencari rezeki untuk menyara keluarganya dengan mencari rotan dan damar di hutan serta bekerja sebagai pembantu pembalak.

3. Keberanian
Pak Katan dan Adit berani masuk ke dalam hutan tebal untuk mencari damar dan rotan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

4. Kesabaran
Adit bersabar dalam perjalanan ke sekolahnya setiap hari kendatipun perjalanan itu memakan masa berjam-jam lamanya.

5. Kecekalan dan ketabahan
Adit cekal dan tabah menghadapi pelbagai halangan dan dugaan demi meneruskan cita-citanya untuk bersekolah dan berjaya dalam pelajaran.

6. Baik hati
Ah Tong baik hati kerana menumpangkan Adit menaiki jip untuk pergi ke sekolah pada setiap awal pagi.

7. Bertanggungjawab
Tok Batin seorang yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah yang menimpa anak-anak buahnya.

8. Patuh pada pemimpin
Para penduduk Orang Asli patuh akan arahan Tok Batin yang mengerahkan mereka untuk mencari Adit yang masih tidak pulang-pulang dari sekolah walaupun hari telah malam.

9. Kerjasama
Para penduduk Orang Asli dan pembalak-pembalak bekerjasama mencari Adit yang hilang

9 ulasan:

  1. Thank you so much Funcrayons.blogspot! x3 You had helped me so much on my Komsas notes! :D Thank you thank you thank you! x)

    BalasPadam
  2. Terima Kasih !!Banyak bantu kepada saya dalam exam

    BalasPadam
  3. saya suka karangan kamu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. oh baru saya tau nilai novel . terima kasih. saya suke Funcrayons.blogspot

    BalasPadam
  5. thank you. needed for exam the day after tomorrow ^_^ printing to memorise

    BalasPadam
  6. terima kasih banyak - banyak!!! nota di laman ini sangat membantu pelajar PT3 seperti saya ^_^

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email