Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.


Sertai Kami

Yang Menarik!

Rabu, Oktober 10, 2012

Novel Sukar Membawa Tuah - Pengajaran


1. Kita hendaklah bercita-cita untuk memajukan diri sendiri, masyarakat, dan negara.

Adit dan Akeh bersekolah kerana ingin keluar daripada kepompong kemiskinan dan tidak mahu meneruskan kehidupan dalam keadaan serba miskin dan mundur. Mereka turut ingin mengubah pemikiran kaum mereka supaya menjadi masyarakat berilmu. Tanpa pelajaran, mereka akan terpinggir dan terus miskin.


2. Kita hendaklah menerima kemajuan dengan fikiran yang positif.

Pak Katan dan Mak Tawi mengubah persepsi dan pandangan hidup yang selama ini menjadi tradisi masyarakat orang asli untuk hidup tanpa kemajuan. Mereka mengizinkan Adit bersekolah dengan harapan anak lelaki sulung mereka itu akan membawa perubahan kepada masyarakat orang asli di perkampungan mereka.


3. Kita hendaklah berusaha untuk mengejar cita-cita.

Adit tidak patah semangat untuk ke sekolah walaupun perjalanannya pergi balik sekolah mengambil masa yang lama dan memenatkan.


4. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan dengan ikhlas.

Penduduk Kampung Bakai bekerjasama membantu mencari Adit yang tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah lewat.  Selain itu, Tok Batin dan isterinya, Mak Ca menjaga anak-anak Pak Katan semasa Pak Katan menjaga Adit di hospital.


5. Kita hendaklah kuat semangat dan tidak mudah berputus asa apabila ditimpa musibah.

Kadangkala Adit terpaksa berjalan kaki apabila kenderaan yang dinaikinya tersangkut di jalan yang berselut.
Kemalangan yang menimpa Adit tidak mematikan hasratnya untuk terus menimba ilmu sehingga berjaya mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR.


6. Ibu bapa bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dengan sempurna dan menjaga keselamatan mereka.

Pak Katan menemani Adit mandi di sungai pada pukul 4.00 pagi. Mak Tawi pula memasak makanan untuk bekal Adit ke sekolah. Selain itu, Pak Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama jururawat selama dua bulan untuk menemani Adit menjalani rawatan kaki di hospital.

1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.